Seperti yang diketahui ramai, pempengaruh dan usahawan berjaya iaitu Khairul Aming dimasukkan ke hospital selepas keadaan kesihatan menurun sejak pulang menjadi sukarelawan sewaktu banjir di Kelantan, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Mydin Permudah Urusan Khairul Aming Bantu Mangsa Banjir – ‘Awak Boleh Ambil Seberapa Banyak Barang Yang Nak’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Khairul Aming ‘Throwback’ Momen Terjumpa Paris Hilton & Taylor Swift, Makan Cheese Cake Di Restoran
Terkena jangkitan E. Coli
Terbaharu, Khairul Aming memaklumkan dirinya sudah pun keluar dari hospital dan berkongsi punca sebenar dimasukkan ke hospital.
Menerusi perkongsian di Instagram Story, Khairul atau nama lengkapnya Khairul Amin Kamarulzaman memaklumkan bahawa dia telah terkena jangkitan virus yang dikenali sebagai E. Coli sewaktu melakukan kerja-kerja sukarelawan sewaktu banjir.
Baru lepas keluar dari hospital.
Rupanya terkena jangkitan E. Coli masa buat bantuan banjir minggu lepas.
Tambah Khairul Aming, jangkitan virus itu juga telah menyebabkan dirinya mengalami cirit-birit selama lima hari sehinggakan badannya menjadi lemah dan lesu.
Teruk jugak saya cirit-birit, lima hari tak berhenti sampai lesu badan dan ‘dehydrated’.
Di akhir hantaran, usahawan berusia 32 tahun ini meluahkan rasa syukur kerana keadaan kesihatannya sudah semakin baik dan boleh kembali bekerja.
Terdahulu, Khairul meraih pujian ramai selepas menjadi salah seorang sukarelawan sewaktu banjir melanda Kelantan beberapa minggu lalu.
Menurut netizen, cara kerja yang dilakukan Khairul dan beberapa orang dalam pasukannya begitu teratur sehingga ada yang mencadang pempengaruh itu untuk menjadi wakil rakyat di masa yang akan datang.
Sumber: IG Story Khairul Aming