Usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming berkongsi cara menjimatkan kos buat pemilik restoran apabila buku menu mula lusuh dan rosak.

Artikel Berkaitan: Individu Kecewa Meja Tak Boleh Gabung Di Rembayung, Khairul Aming Tampil Beri Respon – ‘Cik Buat Dua Tempahan Berasingan…’

Artikel Berkaitan: Individu Jumpa Cengkerang Dalam Sambal, Khairul Aming Mohon Maaf – ‘Macam Mana Boleh Terlepas QC’

Sediakan sedikit lebihan ruang

View on Threads

Menerusi perkongsian di Threads, pemilik nama Khairul Amin Kamarulzaman menunjukkan keadaan buku menu restoran Rembayung yang mula rosak selepas hampir 10 bulan digunakan.

Menurutnya, kos mencetak semula buku menu boleh mencecah puluhan ribu ringgit, sekali gus memerlukan perbelanjaan yang besar.

Untuk mereka yang baru nak membuka kedai makan, ini cara menjimatkan kos. Buku menu Rembayung ini sudah digunakan hampir 10 bulan, bahagian tepinya mula rosak dan terkopek.

Kalau nak cetak semula, sudah tentu memerlukan kos yang tinggi kerana kita pernah membelanjakan puluhan ribu ringgit untuk mencetaknya.

Justeru, Khairul berkongsi cara untuk menggunakan semula buku menu lama tanpa perlu mencetak yang baharu.

Cara untuk berjimat adalah dengan menyediakan sedikit lebihan ruang pada bahagian tepi buku menu ketika dicetak. Apabila mula rosak, bahagian tersebut boleh dipotong supaya buku menu kelihatan seperti baharu.

Ini buku menu yang sama, sudah digunakan hampir 11 bulan. Selepas dipotong semula, ia kelihatan seperti buku baharu walaupun menggunakan buku yang sama.

Dalam pada itu, pemilik Restoran Rembayung itu turut mengingatkan bakal pengusaha restoran supaya menyediakan lebihan ruang ketika mencetak buku menu bagi mengelakkan pembaziran.

Jadi, cara ini dapat menjimatkan kos, mengelakkan pembaziran wang dan mengurangkan bahan terbuang.

Sebab itu, pastikan lebihan ruang disediakan pada bahagian tepi sejak awal supaya buku menu boleh dikemaskan semula selepas digunakan dalam tempoh yang lama.

Sumber: Threads