Tidak seperti kebiasaan orang, pempengaruh dan usahawan terkenal, Khairul Aming mendedahkan perkara pertama yang akan dilakukan setiap kali pergi ke luar negara adalah mengunjungi pusat membeli-belah.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Khairul Aming Risau Dengan Budak Zaman Sekarang, Teknologi Kini Boleh Rosakkan Pelajar – ‘Bila Tengok Buku Otak Tak Fungsi’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Khairul Aming Digelar ‘Majikan Dari Syurga’, Netizen Ramai Nak Mohon Kerja – ‘Bestnya Dapat Boss Macam KA’

Suka pergi mall overseas

Menerusi video di TikTok, Khairul Aming atau mesra disapa KA, 32, berkata, momen itu membolehkannnya untuk membeli barang dengan tenang tanpa dikenali atau ‘diganggu’ oleh sesiapa.

Bila travel oversea, orang lain akan cuba macam cari tempat yang ‘eh jom kita pergi nature, tengok gunung, pulau’. Tapi saya lain.

Saya kalau pergi oversea, benda pertama shopping mall. Kenapa? Itulah shopping mall yang saya boleh masuk tak ada seorang pun kenal.

Saya boleh berjalan secara normal. Saya boleh masuk kedai dengan normal, boleh beli barang dengan normal. Tak ada seorang pun tegur.

Dalam pada itu, Aming berkata, sejak 10 tahun lalu selepas namanya dikenali, dia merasakan sudah tiada kebebasan untuk keluar berjalan terutama di pusat membeli belah dalam negara.

Itulah sebab kalau saya pergi oversea, saya akan pergi shopping mall dulu. Orang akan persoalkan kata saya boring pergi oversea masuk mall.

Tapi bagi saya, itu satu-satunya masa yang saya ada privasi. Macam pergi Oman hari tu pun sama.

Memang saya pergi mall sebab itu saja tempat saya boleh rasa normal beli barang selepas 10 tahun tak ada kebebasan itu.

Sumber: TikTok