Kalau sebut nama Khairul Aming, memang tak asing lagi dengan content masakan dan projek komuniti yang selalu buat ramai kagum. Tapi kali ni, beliau cipta satu lagi pencapaian luar biasa apabila berjaya meraih jualan RM2.3 juta menerusi sesi TikTok Shop All Star LIVE selama 12 jam tanpa henti di Rembayung.

LIVE mega ini bukan sekadar sesi jualan biasa, tapi direka seperti bazar Ramadan digital lengkap dengan pelbagai segmen, aktiviti dan penglibatan komuniti.

Konsep Bazar Ramadan digital yang meriah

Sepanjang LIVE, penonton seolah-olah “berjalan” dalam bazar apabila beberapa stesen khas diwujudkan untuk mempamerkan produk daripada 14 jenama tempatan.

Bukan itu saja, Khairul Aming turut:

  • Memberi 20 Golden Ticket makan percuma bernilai RM400 setiap satu
  • Menampilkan jenama pakaian Adam dan Hawa bersama Zizan Razak
  • Mengadakan aktiviti komuniti dengan pengagihan makanan kepada orang ramai di luar restorannya, Rembayung

Selain memacu jualan, sesi ini juga menjadi platform pembelajaran apabila Khairul Aming membawa masuk mentee di bawah program Creator Icon untuk merasai pengalaman LIVE sebenar.

Apa itu TikTok Shop All Star LIVE?

Kalau korang nak tahu, All Star ialah mekanik LIVE di TikTok Shop yang menampilkan selebriti dan pencipta kandungan bersama jenama dalam sesi jualan interaktif.

Konsep ini menggabungkan hiburan dan membeli-belah dalam satu pengalaman yang lebih engaging dan kerana itulah ia digelar sebagai “shoppertainment”.

Selain jualan produk, sesi ini juga mengetengahkan nilai komuniti dan semangat Ramadan.
Daripada segmen hiburan hingga perkongsian ilmu, keseluruhan LIVE direka untuk jadi pengalaman yang dekat dengan penonton.

Selain Khairul Aming, beberapa selebriti dan pencipta kandungan lain juga akan turut serta dalam siri LIVE All Star sepanjang kempen Ramadan TikTok Shop.

Promosi Bazar Ramadan TikTok Shop yang rugi jika dilepaskan

Sepanjang kempen, pengguna juga boleh nikmati:

  • TikTok Shop VIP jimat Sehingga RM1000
  • Penghantaran Percuma tanpa had “Lebih Besar”
  • Kumpul + Menang Emas bernilai sehingga RM40,000
  • 5AM Sahur Special – Baucar khas sehingga 50% setiap hari pada jam 5 pagi sepanjang Ramadan
  • 10PM Moreh Special – Baucar khas sehingga 50% setiap hari pada jam 10 pagi sepanjang Ramadan
  • Penghantaran segera (instant delivery) – Beli dengan penjual Instant Delivery terpilih sebelum jam 2 petang untuk terima pesanan pada hari yang sama. Pilih Instant Delivery semasa checkout untuk dapatkan produk pada hari yang sama di kawasan terpilih seperti Lembah Klang, Pulau Pinang & Johor
  • Diskaun sehingga 80% untuk barangan keperluan Ramadan dan Raya

Main “Crack Egg” & berpeluang menang emas!

Yang lagi best, ada juga mini game Crack Egg di Shop Tab.

Korang hanya perlu lengkapkan tugasan harian untuk pecahkan telur emas dan kumpul ganjaran seperti baucar, bonus dan peluang menang dinar emas.

Kalau nak tengok sendiri macam mana meriahnya LIVE ni sampai capai jualan jutaan ringgit, korang memang wajib follow siri All Star sepanjang Ramadan.