
Usahawan dan pempengaruh masakan terkenal, Khairul Aming tampil memberi respon terhadap komen seorang individu mengenai sistem tempahan restorannya, Rembayung, yang didakwa mengalami gangguan teknikal.
Artikel Berkaitan: ‘Industri Restoran Berisiko Tinggi Untuk Tidak Kekal Lama’ – Khairul Aming
Artikel Berkaitan: Khairul Aming Kekalkan Menu Sedia Ada, Utamakan Kualiti Operasi Rembayung – ‘Menu Bermusim Diperkenalkan Berperingkat’
Respon Khairul Aming
Isu ini tercetus apabila seorang pengguna Threads, menyarankan agar Khairul Aming atau lebih mesra dengan panggilan KA melantik seorang Ketua Pegawai Teknologi (CTO) bagi menguruskan sistem tempahan restorannya.
Individu ini mendakwa portal tempahan ‘Umai’ bagi restoran Rembayung tidak dapat diakses, sedangkan restoran lain dalam portal yang sama tidak menghadapi masalah.
Kenapa mereka tidak nak peruntukkan sumber daripada kumpulan Cloudflare lain milik mereka sendiri untuk sistem tempahan restoran?
Boleh tak tunjuk apa mereka buat sekurang-kurangnya pakar IT lain boleh lah tengok.
Kontrak yang awak tandatangani ada ke menyatakan sebarang penalti sekiranya berlaku downtime?
‘Tolonglah bagi saya sedikit ruang’
Membalas teguran tersebut, Khairul Aming memohon agar orang ramai tidak meletakkan ekspektasi yang terlalu tinggi terhadap operasi restorannya.
Saya buka kedai makan je bang, saya mohon jangan letak expectation macam saya anjur konsert dekat Bukit Jalil.
Dalam kedai kita boleh handle 200pax je max dalam satu masa, tapi yang nak book ada 50,000 orang tak termasuk 7 hingga 8 orang family or kawan yang setiap orang nak bawa.
Kedai baru buka dua minggu bang, tolonglah bagi saya sedikit ruang.
Khairul Aming turut menegaskan bahawa pihak mereka telah memilih Umai kerana ia merupakan antara pilihan terbaik yang ada untuk pengurusan restoran di Malaysia.
Tapi bila pilihan terbaik pun tak boleh tampung, kami tak boleh selesaikan isu ni sekelip mata. Kedai baru buka dua minggu bang, tolonglah bagi saya sedikit ruang.
Sumber: Threads Khairul Aming