berita

Khairul Fahmi Akui Gawang Hati Bolos Kerana Cinta?

December 24th, 2012 | by M
Video Popular

Video berdurasi 3:26 minit ini sememangnya dinantikan oleh peminat penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat atau Apex kerana dia secara peribadi mendedahkan kisah cinta agungnya yang selama ini tersimpan penuh rahsia.

Berlatar belakangkan stadium Shah Alam, video ini memulakan langkahnya dengan beberapa babak cemerlang Apex selama menjaga gawang gol Malaysia daripada dibolosi musuh.

Kata Apex, bola dan cinta tiada beza kerana kedua-duanya tetap memerlukan komunikasi dan persefahaman. Dan, penjaga gol ini mengakui sehebat mana pun gawang hatinya dijaga, tetap dibolosi oleh cinta.

Video in turut memaparkan beberapa aksi romantisnya bersama Leuniey di atas padang bola yang pernah menjulang namanya sebagai penjaga gol yang disegani.

Mereka dijadualkan akan melangsungkan pernikahan pada 28 Disember 2012.

Video selepas ini.

The following two tabs change content below.

M

Founder OHBULAN! yang kini bergiat secara serius dalam industri media & pengiklanan. Beliau membantu para klien mencapai pelanggan yang berpotensi melalui kempen pengiklanan secara menyeluruh dan berkesan.

SKIP THIS AD ×