
Disahkan sendiri oleh Khairul Fahmi, pasangan ini yang keduanya berasal dari Kelantan bakal melangsungkan pernikahan di kediaman Leuniey di Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan, jam 9 pagi.
Pada 30 Disember pula, majlis persandingan akan diadakan untuk sebelah perempuan bertempat di Hotel Renaissance, Kota Bharu Kelantan. Majlis ini akan berkonsepkan Melayu Kontemporari dan akan bermula pada jam 8 malam. Sebelah lelaki pula, majlis persandingan akan diadakan dirumah Apex iaitu di Kampung Chenang, pada jam 1 tengahari bertemakan ala-kampung.
Tahniah!