Bekas bintang bola sepak Perak, Muhamad Khalid Jamlus mengambil keputusan melelong barangan peribadi termasuklah kasut emas, jersi dan pingat yang pernah dimenanginya sebelum ini.
Beliau berbuat begitu untuk menampung kelangsungan hidupnya dan merasakan ianya tidak salah di sisi undang-undang dan bersesuaian dengan keadaannya sekarang.
Tidak mempunyai punca pendapatan
Memetik laporan berita harian, Khalid Jamlus terpaksa melelong barang peribadinya seperti kasut emas dan pingat yang dimenangi ketika bermain untuk Perak dalam Liga Perdana pada tahun 2002.
Menerusi Facebooknya, dia masih meneruskan lelongan dengan melelong frame gambarnya beserta tanda tangan digambar tersebut.
Lelong menerusi live Facebook
Barang-barang yang dilelongnya merupakan koleksi peribadinya yang diterima semasa aktif bermain bola sepak dahulu. Dia melakukannya kerana tidak mempunyai punca pendapatan tetap dan faktor kehidupan yang mendesaknya.
Khalid yang menjelaskan lelongan dibuat bagi menampung perbelanjaan buat seisi keluarga malah dia juga pernah menyatakan hasrat untuk menjadi jurulatih di Perak, Selangor dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tetapi seakan kabur.
Dia berjaya melelong kasut emasnya dengan bidaan sebanyak RM 10,500 melalui Facebook Live. Jelas Khalid, dia tidak menyerahkan lagi barang tersebut kepada pembida kerana menunggu untuk berjumpa dengan Timbalan Menteri Belia dan Sukan dahulu.
Mungkin ada sinar
Timbalan Menteri Belia dan Sukan telah menghantar pesanan whatsapp kepada Khalid dan mengharapkan ada sinar baharu buatnya selepas ini.
Sumber : Berita Harian