berita

‘Khamis Ini, Saya Naik Kereta Terbang’ – Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof

November 19th, 2019 | by Shira
Kini Trending

Sebelum ini, Malaysia telah memperkenalkan sebuah prototaip kereta terbang dikenali sebagai ‘Vector’ pada Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2019. Kereta terbang ini walau bagaimanapun telah mendapat kecaman daripada rakyat Malaysia sendiri yang melahirkan rasa kurang yakin terhadap kemampuan kenderaan tersebut yang dikatakan mampu menampung beban antara 150 ke 200 kilogram.

Terbaru, menerusi Sinar Harian, sesi pandu uji kereta terbang pertama Malaysia dijangka bakal dilakukan buat julung kalinya pada hari Khamis ini iaitu 21 November 2019.

Pandu uji kereta terbang Malaysia

 

Menurut Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof ‘test drive’ tersebut telah dijadualkan pada jam 2 petang bertempat di Lapangan Terbang Sultan AbdulAziz Shah, Subang. Beliau turut menegaskan bahawa beliau sendiri akan melakukan ujian memandu dan menaiki kereta terbang pertama Malaysia tersebut.

Dalam pada itu, beliau juga turut menjemput ahli parlimen pembangkang untuk datang dan menyaksikan sendiri sesi pandu uji kenderaan yang boleh memuatkan dua orang itu.

Saya nak ulangi jemputan saya, hari Khamis ni saya akan naik kereta terbang.

Saya jemput Yang Berhormat Paya Besar (Mohd Shahar Abdullah-BN) jika mahu. Kita boleh duduk bersama kalau nak ambil gambar ketika kereta itu terbang.

Tiada penglibatan dana kerajaan

Menerusi laporan Harian Metro, Menteri Pembangunan Usahawan ini berkata bahawa industri mobiliti udara ini merupakan idea anak muda sekaligus beliau menasihati orang ramai agar tidak menidakkan kemajuan industri ini serta tidak memandang rendah dengan idea mereka.

Tambahnya lagi, projek kereta terbang ini diusahakan oleh syarikat swasta tempatan dimana ianya langsung tidak melibatkan dana daripada pihak kerajaan.

Ini anak muda punya idea, anak muda yang disebut belia ini yang bawa hobi ini.

Justeru, hari ini kita menggalakkan sekolah supaya menggalakkan pelajar terbabit dalam kemahiran mobiliti udara.

Beliau memaklumkan perkara itu ketika sesi penggulungan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2020 di Dewan Rakyat.

‘Ini lah wawasan 2020’

Sumber: Sinar Harian, Harian Metro, Free Malaysia Today, Facebook