berita

Khas Buat Peminat SpongeBob SquarePants, Jom Dapatkan Pek Istimewa Mamee Monster Sekarang!

October 9th, 2023 | by Aimi Raihana Mudzakir
Kini Trending

Are you ready kids?”
Aye, aye, captain!

Ingat lagi tak guys? Masa kanak-kanak dulu, waktu petang mesti kita dah terpacak depan TV sebab nak tengok kartun ni. Nostalgia sangat. Kartun apa lagi kalau bukan SpongeBob SquarePants!

Telatah watak utama span warna kuning yang mesra dengan panggilan SpongeBob SquarePants bersama rakan-rakannya di dasar laut buat ramai terhibur. Korang pun mesti boleh tiru cara dia ketawa kan?

Buat peminat setia SpongeBob SquarePants, kami ada berita istimewa daripada Mamee Monster untuk korang!

Mamee Monster keluarkan pek istimewa SpongeBob SquarePants, edisi terhad!

Tak kisah la korang daripada generasi apa pun, kalau dengar “aye, aye, captain!” daripada SpongeBob SquarePants, automatik akan teruja dan nyanyi bersama. Ada juga yang buat koleksi bertemakan kartun Nickelodeon yang popular ni tau.

So, bila dapat tahu kali ni Mamee Monster pakat dengan SpongeBob SquarePants untuk keluarkan pek istimewa, memang terkejut la. Bukan senang nak tengok Mamee Monster buat kolaborasi istimewa macam ni.

Senang cerita, inilah edisi terhad daripada Mamee Monster yang korang tak boleh lepaskan!

Pek yang comel, seronok kalau dapat kumpul semua!

Selain SpongeBob, ada banyak lagi watak menarik dalam SpongeBob SquarePants. Antaranya Patrick Star, Squidward, Mr. Krabs dan sebagainya. Ala, korang mesti tahu punya la!

Paling menarik, pek istimewa Mamee Monster kali ni akan menampilkan beberapa watak ikonik yang ada dalam SpongeBob SquarePants. Ia didatangkan dalam empat perisa – Ayam, BBQ, Lada Hitam dan Pedas.

Korang boleh dapatkannya dalam pek individu atau pek keluarga. Ajak la keluarga dan kawan-kawan korang untuk nikmatinya bersama. Baru la enjoy!

Cuba korang tengok belakang Mamee Monster Pek Individu Edisi Terhad SpongeBob SquarePants. Macam ada sesuatu je?

Jom sertai Peraduan Mamee Monster x SpongeBob SquarePants, hadiah menarik menanti korang!

Eh, ada peta la kat bahagian belakang pek individu Mamee Monster x SpongeBob SquarePants. Tapi untuk apa ya? Haa.. Ini yang kami tak sabar nak bagitahu korang!

Sebenarnya ada peraduan menarik untuk korang join sempena keluaran pek istimewa Mamee Monster x SpongeBob SquarePants. Peraduan bermula 9 Oktober sehingga 3 Disember 2023. Cara sertai pun mudah je.

Korang hanya perlu kumpul empat reka bentuk peta dari semua perisa pek istimewa Mamee Monster x SpongeBob SquarePants. Senang je kan?

Ada peluang menang percutian ke Nickelodeon, Gold Coast, Australia!

Kredit: Mirabilandia

Hadiah utama yang ditawarkan cukup lumayan. Korang berpeluang memenangi percutian ke Gold Coast, Australia dan berseronok di Taman Tema Nickelodeon Land di Sea World. Fuh, syok gila!

Ini antara hadiah yang ditawarkan untuk peraduan ni. Serius happy kalau menang hadiah utama tu. Boleh ajak yang tersayang!

Hadiah Utama

  • Tiket penerbangan pergi balik dari KLIA/KLIA2 ke Lapangan Terbang Gold Coast untuk dua orang
  • Penginapan satu malam di Hotel Sea World Gold Coast untuk dua orang
  • Pas satu hari ke Taman Tema Nickelodeon Land di Sea World untuk dua orang

Hadiah Saguhati x 8

  • Satu set lengkap siri POP MART The Monsters x SpongeBob SquarePants

Hadiah Mingguan x 400 unit

  • Satu cold cup Mamee Monster x SpongeBob SquarePants

Kami yakin ramai yang tak sabar nak sertai peraduan ni. Nak tahu caranya? Meh kami ajar!

CARA SERTAI PERADUAN MAMEE MONSTER X SPONGEBOB SQUAREPANTS

[LANGKAH 1] Beli produk Mamee Monster Pek Keluarga Edisi Terhad SpongeBob SquarePants atau Mamee Monster Pek Individu Edisi Terhad SpongeBob SquarePants dan cari reka peta di belakang pek.

[LANGKAH 2] Kumpul kesemua empat reka peta yang terletak di belakang pek individu.

[LANGKAH 3] Jawab satu Soalan Peraduan yang mudah dengan betul. Soalan: Adakah Mamee Monster berwarna biru?

[LANGKAH 4] Hantar keseluruhan peta yang dicantum serta jawapan Soalan Peraduan yang betul melalui pos kepada alamat: PO Box 11, Pejabat Pos Jalan Klang Lama, 58700 Kuala Lumpur.

*Tertakluk pada terma dan syarat.

Kat mana nak dapatkan pek istimewa Mamee Monster x SpongeBob SquarePants? Korang boleh pergi ke kedai runcit atau pasar raya berdekatan korang untuk dapatkannya mulai hari ni!

Korang juga boleh dapatkannya secara online melalui laman rasmi Mamee Monster di Shopee dan Lazada. Ingat, ni edisi terhad tau. Cepat dapatkannya sementara masih ada guys!

Nak info lebih lanjut tentang Mamee Monster, boleh klik SINI ya.

SKIP THIS AD ×