berita

‘Khatijah Tan Tak Diva, Harga Bukan Potong Kepala’ – Ayu Puteh

July 19th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Penerbit Pencil Pictures & Records Sdn Bhd, Datuk Ayu Puteh menghargai penerimaan pelakon senior, Khatijah Tan untuk membintangi filem terbaharu terbitan syarikat produksinya yang berjudul Saadiah; Bekal Kasih Merdeka.

Tak macam segelintir pelakon

Menurut Ayu atau nama sebenarnya Normashayu Puteh berkata biarpun Khatijah pernah menerima pelbagai penghargaan dan anugerah namun dia tidak berkira atau meletakkan harga terlalu tinggi untuk membintangi naskhah berkenaan.

Kita ingatkan bila Mak (panggilan Khatijah) sukakan projek ini selepas selesai baca skrip dan kita memang mahukan Mak, ingatkan dia akan letak harga ‘potong kepala’. Tapi Mak bukan macam tu, seperti segelintir pelakon.

Dia teruja kerana ini projek filem epik dan mendukung watak Saadiah. Kalau nak diikutkan, dia bintang utama di dalam filem ini sebenarnya. Mak pun bukan bagi sikit-sikit, dia berikan ‘roh’ untuk filem ini.

Bila tengok babak lakonannya di set penggambaran Saadiah, buat kami rasa kagum. Memang bakat Mak ‘gifted’ sebagai seorang pelakon.

Tak diva langsung

Melihat kepada komitmen tersebut, Ayu, 44, cuba memberikan bayaran yang lebih baik.

Bila dia letak harga begitu, kami terkejut. Saya dan Ellie saling memandang. Jadi mengenangkan bakat dan penghargaan kepada Mak, kami ‘tutup mata’, berikan harga lain untuk dia.

Sebab dialah yang menghidupkan keseluruhan cerita. Harga tersebut dia letak kerana awalnya ia super tele-movie dan tak masuk panggung, tapi skala nakshah ini besar.

Mak masuk set dengan babak air mata tu, saya beritahu Ellie (bayaran lakonan) selepas tiga hari penggambaran dan kami saling memahami.

Ditanya persembahan Khatijah Tan menerusi Saadiah, Ayu kagum dan berpuas hati.

Saya sangat puas hati, tiada komen. Pertama kali ambil Mak berlakon, saya sudah jatuh cinta dengan dia. Mak juga tidak ‘diva’, mudah berikan kerjasama.

Begitu juga dengan pelakon lain alhamdulillah. Bagi saya, bakat lakonan yang dimiliki ini tidak boleh dibeli dengan duit.

Saadiah; Bekal Untuk Merdeka diinspirasikan daripada kisah balu anggota polis, Saadiah Abdullah yang menghantar makanan ke IPD Gerik selama 37 tahun sebagai mengenang arwah suaminya, Alias Nik Daud yang meninggal dunia pada 1975 dalam serangan hendap pengganas komunis sewaktu bertugas sebagai jurupandu bot di balai berkenaan.

Filem yang turut dibarisi Azriel Ismail, Kaka Azraff, Faizal Hussien dan ramai lagi ini bakal ditayangkan di pawagam tahun hadapan.

SKIP THIS AD ×