berita

Khidmat Kejut Sahur Kepada Wanita Single Terima Sambutan

April 14th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

 

Baru-baru ini tular seorang lelaki yang berasal dari Magelang, Jawa Tengah telah menawarkan perkhidmatan mengejut sahur secara percuma semperna bulan Ramadan.

Sedia dihubungi pukul 2 pagi sehingga waktu imsak

Menurut Tribun News, Khoirul Anam telah menawarkan perkhidmatan tersebut melalui Instagramnya serta iklan yang digantung pada pokok.

Dia juga turut sedia untuk dihubungi pada pukul 2 pagi sehingga waktu imsak sepanjang bulan puasa. Bagi individu yang menggunakan perkhidmatannya itu, dia juga menawarkan ganjaran seperti berbuka bersamanya.

Langgan selama sebulan pun boleh, hadiahnya boleh berbuka bersama.

Tujuan dia membuat perkhidmatan sebegini adalah kerana ingin nampak perkhidmatannya lain daripada yang lain.

Menawarkan perkhidmatan seluruh Indonesia

Siapa sangka perkhidmatannya itu berjaya dan semenjak 1 Ramadan, Anam telah dihubungi oleh beberapa individu yang memerlukan perkhidmatannya itu.

Saya mengejutkan 11 orang, yang bangun hanya tiga orang. Tapi tak apa, yang penting usaha.

Anam mengatakan yang dia akan menelefon individu yang mahu dikejutkan ketika sahur sebanyak tiga kali, jika tiada respon dia akan menghubungi individu yang seterusnya.

Dia juga menawarkan perkhidmatannya di seluruh Indonesia dan tidak memerlukan bayaran kerana dia takut dia tertidur dan tidak dapat mengejutkan orang lain.

Sumber : Tribun News 

SKIP THIS AD ×