Pelakon dan usahawan Kiah Propa menunaikan permintaan suaminya yang kini sedang berjuang melawan kanser untuk menginap di sebuah hotel.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kiah Propa Kagum Suami Tetap Solat Walaupun Sakit – ‘Aku Bersyukur Dia Tunaikan Kewajipan Sebagai Umat Islam’
Artikel Berkaitan: Kiah Propa Dedah Kahwin Kali Kedua Dengan Suami Tanpa Duit Hantaran – ‘Kami Hanya Duduk Nikah, Mas Kahwin RM300 Je’
Layankan karenah suami
Menerusi hantaran di TikTok, Kiah atau Siti Rokhaida Abdul Khalil berkata, dia akan melayani apa sahaja keinginan suami demi membahagiakannya.
Teringin katanya nak duduk hotel murah-murah. Takpe la babah, ada rezeki sikit ini saya layankan sahaja. Apa yang saya mampu, saya akan buat untuk awak.
Dia suka duduk hotel dari usianya muda sampai lah ke tua, dari sihat sampai lah tak sihat. Saya ikutkan sahaja permintaan awak asalkan awak gembira.
Kongsi Kiah lagi, dia kemudian akan kembali berniaga selepas melayankan permintaan suaminya itu.
Walaupun saya ini tak tahan air cond yang sejuk sampai tersumbat hidung dan nak demam rasa kesejukan.
Habis duduk hotel, balik kita sambung berniaga. Jangan lupa semua datang beli jualan saya.
pada 18 November lalu Kiah kembali bergelar isteri kepada bekas suaminya, Nazri.
Hati Kiah terbuka untuk kembali bertaut kasih dengan niat untuk menjaganya yang sedang berjuang melawan penyakit kanser.
Sumber: TikTok