Membesarkan anak-anak bukanlah suatu perkara yang mudah. Setiap ibu bapa yang bekerja sudah tentu ada tanggungjawab dan tugasan yang perlu dilakukan, selain perlu membahagikan masa untuk anak kecil yang memerlukan perhatian penuh agar mereka dapat membesar dengan baik.
Jadi, sekiranya ada waktu di mana anda memerlukan bantuan khidmat pengasuh terlatih, anda boleh menggunakan khidmat Kiddocare, sebuah platform dalam talian yang menghubungkan para ibu bapa dengan pengasuh yang terlatih.
Raih 5X peningkatan dengan REV Ad Manager
Kiddocare bersedia untuk membantu ibu bapa yang mencari pengasuh-pengasuh terlatih Malaysia dan mereka telah memilih untuk REV Ad Manager (RAM) untuk memperkasakan lagi jenama itu.
Objektif Kiddocare untuk mendapatkan pelanggan baru bagi perkhidmatan mengasuh anak berjaya dicapai setelah mereka menjalankan kempen bersama RAM.
Platform layan diri ini merupakan usahasama di antara REV Media Group, penerbit digital terkemuka Malaysia juga merupakan cabang digital Media Prima Berhad dan Dattel Asia Group yang memberikan akses kepada 39 aset media dan 15.8 juta pengguna unik untuk jenama anda.
Dengan hanya menjalankan sebuah kempen menggunakan jenis iklan Prestasi (Mobile Sticky Bottom), CTR (click-through rate) mereka telah meningkat kepada 5% (melebihi tanda aras).
Menurut Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Kiddocare, Nadira Yusoff, kerjasama dengan RAM itu merupakan sesuatu yang mengujakan buat Kiddocare.
Sangat mengujakan apabila kami dapat mengenal pasti profil audiens keluarga yang betul dan cadangan saluran yang tepat untuk iklan kami, dan hasilnya kami berjaya meraih 5x peningkatan dalam jualan.
Tambahnya lagi, akses kepada RAM telah membolehkan mereka untuk berkembang lebih dari iklan media sosial bagi memastikan capaian jenama kami pada kadar yang berpatutan.
Lebih mudah dengan RAM
Antara kelebihan RAM ialan pelanggan tidak perlu membeli saluran dan hanya beli RANGKAIAN penonton, RAM akan mencadangkan serta beri khidmat terbaik dan penyasaran audiens yang strategik dengan Model Pengguna AI.
Menerusi RAM, usaha untuk memperkenalkan jenama perniagaan kini tidak lagi menjadi suatu isu yang merumitkan dan menelan kos yang tinggi. Dengan 5 langkah mudah ini, pelanggan akan menerima hasil seperti yang diinginkan.
1. Cipta kempen
2. Cipta audiens
3. Cipta reka bentuk
4. Bayar dan terbitkan iklan
5. Laporan prestasi
RAM bertujuan untuk memperkasakan PKS tempatan dan membolehkan mereka mencapai lebih ramai audiens sasaran.
Layari REV Ad Manager untuk dapatkan info lanjut mengenai pakej pengiklanan ini dan jalankan kempen pengiklanan yang lebih berkesan di media sosial.