Usahawan Kieda Crepe kecewa namanya dikaitkan dengan pertelingkahan di antara pengusaha piza, Jofliam dan isteri Dewi dengan bekas isterinya Cik Epal.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tak Sampai Hati Tengok Warga Emas Berniaga Tepi Jalan, Kieda Crepe Tolong Habiskan Jualan – ‘Saya Beli Semua Kemudian Pak Cik Balik Ya’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Anak Kieda Crepe Dibuli? – ‘Terima Kasih Sebab ‘Try Hard’ Ganggu Mental Kami’

Penjelasan Kieda

https://www.tiktok.com/@kiedacrepepenang/video/7498621565005778183?_r=1&_t=ZS-8vwGA7sywOm

Menerusi perkongsian di TikTok, Kieda memuat naik hantaran oleh seorang pengguna Threads yang menuduh dirinya menyokong Jofliam dan Dewi.

Kenyataan tersebut kemudian telah menuai kecaman warganet terhadap dirinya.

Tidak berdiam diri, Kieda atau nama lengkapnya Siti Nur Khalieda Yusra menegaskan bahawa dia tidak pernah peduli tentang isu berkenaan.

Dekat Threads naik nama aku team Dewi? Aku ini selama mana isu mereka tak pernah ambil tahu.

Cerita rumah tangga orang lain, tiba-tiba naik nama kita pula. Kita sibuk dengan dunia kita sahaja.

Menurut Kieda, meskipun ada segelintir rakan-rakannya yang menyokong mereka namun baginya itu adalah hak peribadi.

Ada benda yang aku like, ada benda yang aku scroll. Bukan jenis aku nak komen lebih-lebih.

Kawan aku ramai je yang like post si Dewi tu, hak masing-masing..media sosial masing-masing.

Ambil pengajaran

kieda-crepe

Dalam pada itu, Kieda berkata, dia hanya mengambil iktibar daripada kontroversi tersebut dan memilih untuk menumpukan kepada dirinya sahaja.

Tengok dan ambil pengajaran sahaja.

Aku sendiri ada suami, aku sendiri ada keluarga. Aku fokus dengan kehidupan aku sahaja.

Mudah nak buat dosa zaman media sosial, fitnah hujung jari semudah ABC.

Sumber: TikTok Kieda Crepe