berita

Kilafairy Dijangkiti Influenza A – ‘Ini Kali Pertama Sakit Selepas Kematian Mama’

September 6th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Kilafairy

Pelakon dan penyanyi Kilafairy memaklumkan dirinya telah dijangkiti virus Influenza A.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Jenazah Rohana Jalil Selamat Dikebumikan

Artikel Berkaitan: ‘Rohana Jalil Seorang Biduanita Yang Betul-Betul Menyanyi, Bukan Palsu’ – Herman Tino

Influenza A

Kilafairy

Menerusi hantaran di Instagram Story, Kila atau nama sebenarnya Syakila Nisa Jahangir Khan berkata, disebabkan itu dia terpaksa menangguhkan segala urusan kerja buat sementara waktu.

Saya telah dijangkiti Influenza A. Saya minta maaf sebab terpaksa batalkan semua acara dan penggambaran di saat akhir.

Dalam masa sama, aktres berusia 33 tahun itu berkata, ini merupakan kali pertama dia mengalami masalah kesihatan selepas kematian ibu tercinta iaitu penyanyi Allahyarham Rohana Jalil.

Ini juga kali pertama saya sakit selepas kematian mama. Memang sukar.

Pada 21 Jun lalu, Rohana dilaporkan telah meninggal dunia di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akibat kebocoran usus.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×