berita

Kilang Vaksin Covid-19 Terbesar Dunia Terbakar, 5 Orang Dilaporkan Maut

January 22nd, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Semalam, sebuah kilang pembuat vaksin terbesar di dunia iaitu Institut Serum India, di Mumbai telah terbakar. Susulan daripada insiden tersebut, penghasilan vaksin Covid-19 di premis berkenaan tidak terjejas.

Lima orang terkorban

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif institut berkenaan, seramai lima orang dilaporkan maut setakat ini, ketika kerja memadamkan api masih diteruskan.

Kebakaran ini tidak akan menjejaskan penghasilan vaksin COVID-19. Kami tiada maklumat lanjut, sama ada berhubung tahap kebakaran atau sekiranya terdapat individu terperangkap.

Jelas beliau lagi, institut tersebut merupakan satu-satunya kilang yang menghasilkan jutaan dos vaksin coronavirus Covishield yang dibangunkan oleh AstraZeneca dan Universiti Oxford. Terdahulu, viral beberapa video mengenai keadaan semasa kilang tersebut. Asap tebal juga turut kelihatan di udara di kawasan berkenaan. Menurut pegawai bomba tempatan pula, tujuh jentera telah dikerahkan ke lokasi kebakaran sebaik sahaja mereka memperoleh maklumat.

India luluskan dua vaksin

Terdahulu, pihak berkuasa India meluluskan dua vaksin, iaitu Covishield dan Covaxin yang dihasilkan oleh dua kilang tempatan. India juga merupakan negara yang memulakan pengagihan vaksin terbesar di dunia dan diramalkan seramai 300 juta penduduk negara berkenaan akan disuntik menjelang Julai tahun ini.

Selain India, beberapa negara lain turut bergantung pada Institut Serum India selaku pembuat vaksin terbesar dunia dari segi jumlah pengeluaran, bagi membekalkan vaksin kepada mereka.

Sumber: Evening Standard

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×