berita

Kim Seon Ho Cakap Melayu & Suka Makan Cendol, Ini 8 Momen Menarik Sepanjang ‘Fan Meet’ Di KL

August 21st, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Kim Seon Ho

Sesi bertemu peminat bersama Kim Seon Ho yang merupakan pelakon terkenal Korea Selatan telah berlangsung dengan cukup meriah pada malam Jumaat.

Momen

Kim Seon Ho

Kim Seon Ho Asia Tour di Kuala Lumpur (One, Two, Three, Smile) yang diadakan di Mega Star Arena, Plaza Sungei Wang pada 18 Ogos lalu telah berlangsung selama hampir 2 jam 30 minit dengan disajikan pelbagai aktiviti menarik.

Tak dinafikan, banyak momen-momen menarik yang tidak akan pernah dilupakan oleh Seonhohada Malaysia (kelab peminat Kim Seon Ho) sepanjang sesi bertemu peminat berlangsung.

Berikut OhBulan! senaraikan beberapa momen menarik sepanjang sesi bertemu peminat berlangsung:

Kim Seon Ho bercakap dalam bahasa Melayu

Kim Seon Ho

Pelakon drama Hometown Cha Cha Cha ini dilihat kerap berkomunikasi dengan para peminat dalam Bahasa Melayu. Meskipun tidak berapa fasih berbahasa Melayu, namun kesungguhan Seon Ho yang cuba bertutur mendapat pujian ramai.

Rata-rata daripada penonton menyifatkan Seon Ho seorang artis yang sentiasa melakukan yang terbaik untuk menghargai para peminat.

Antara ayat yang dikeluarkan Seon Ho adalah ‘Saya suka rambutan’, ‘Saya suka durian’, ‘Ada orang dalam tak? Cepat keluar’ dan banyak lagi.

Bermain ‘game’ bersama peminat terpilih

Kim Seon Ho

Seon Ho sempat meluangkan masa dengan berinteraksi bersama peminat menerusi beberapa acara permainan seperti melemparkan bola masuk ke dalam bakul, menjaringkan gol dan beberapa aktiviti lain.

Bukan itu sahaja, ada beberapa peminat yang terpilih berpeluang naik ke atas pentas untuk melakonkan semula babak dalam drama lakonannya.

Malam tersebut menjadi semakin meriah apabila Seon Ho ‘melutut’ sambil memberikan sejambak bunga kepada seorang peminat wanita ketika melakonkan babak romantis.

Hasilkan cenderahati buat pemenang terpilih

Kim Seon Ho

Seorang peminat bertuah turut menerima sebuah topi dengan hasil kreatif lukisan Seon Ho berserta tanda tangan. Seon Ho menunjukkan bakatnya dengan melukis Menara Berkembar Kuala Lumpur (KLCC) dan bunga kebangsaan iaitu bunga raya di atas topi.

Suka makan cendol

Kim Seon Ho

Apabila ditanya oleh pengacara majlis iaitu Natalie Chai mengenai hidangan yang paling digemari di Malaysia, Seon Ho berkata, dia paling menggemari cendol.

Pelakon berusia 37 tahun ini menyifatkan cendol merupakan pencuci mulut yang sedap dan menyegarkan.

Senang dengan cuaca di Malaysia

Kim Seon Ho

Dalam pada itu, Seon Ho akui suka dengan cuaca di Malaysia yang dikatakan lebih sejuk berbanding di Korea yang kini sedang mengalami musim panas.

Sebak melihat kompilasi video ‘fan project’

Kim Seon Ho

Semasa sesi bertemu peminat, Seonhohada Malaysia telah menyediakan kompilasi video dengan memaparkan perjalanan karier Seon Ho dari awal menceburi dunia hiburan sehinggalah kini dia sudah bergelar pelakon terkenal.

Usaha tersebut secara tidak langsung membuatkan Seon Ho terharu dan sebak. Seon Ho meluahkan rasa syukur kerana para peminat sentiasa ada dengannya di saat jatuh bangunnya.

Kim Seon Ho teruja nak kembali ke Malaysia

Kim Seon Ho

Aktor kacak ini akui tidak sangka mendapat sambutan dan layanan yang luar biasa oleh peminat di Malaysia. Dalam kesempatan itu, dia mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua peminat yang telah menyokong sepanjang kariernya sebagai anak seni.

Seon Ho juga memberitahu bahawa dia teruja untuk kembali ke Malaysia bertemu dan meluangkan masa dengan peminatnya.

Saya teruja untuk kembali ke Malaysia.

Ikut cadangan peminat, lawat KLCC & Dataran Merdeka

Kim Seon Ho

Kim Seon Ho turut mengikut cadangan peminat yang memintanya mengunjungi beberapa lokasi menarik seperti Menara Berkembar Kuala Lumpur (KLCC) dan Dataran Merdeka. Di TikTok tular beberapa video memperlihatkan Seon Ho bersiar-siar di sekitar ibu negara pada pagi Sabtu.

Foto yang diambil di KLCC dan Dataran Merdeka telah dikongsikan di Instagram rasminya.

SKIP THIS AD ×