Seorang wanita yang mengaku bekas kakak ipar kepada Kim Seri tampil membuat pendedahan mengejutkan mengenai bekas suami pempengaruh tersebut.

Artikel Berkaitan: Kim Seri Tamatkan Zaman Janda, Kahwini Lelaki Korea – ‘Dua Jiwa, Satu Janji’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Abby Abadi Dedah Norman Hakim Tak Pernah Marah Marissa Dania – ‘Datang Jumpa Macam Orang Luar’

Bekas suami dipenjara?

Menerusi hantaran di Facebook, wanita yang dikenali sebagai Nor Seri Azlina Bustani mendakwa adik lelakinya yang juga bekas suami Kim Seri ketika ini sedang meringkuk dalam penjara susulan terpalit dengan jenayah yang dilakukan pempengaruh terbabit berhubung isu penipuan pakej pelancongan.

Video dan jawapan kenapa Kim Seri masih bebas sebab bekas suami yang tanggung segala jenayah dia, asbab semasa suami isteri, bekas suami bukakan akaun SSM/akaun syarikat untuk dia buat travel agency.

Terdahulu, nama Kim Seri mendapat perhatian warganet selepas beberapa individu tampil mendakwa menjadi mangsa penipuan pakej pelancongan ke Korea Selatan yang dikelolakan pempengaruh ini sehingga mengalami kerugian sebanyak RM500,000.

Susulan dakwaan ini, Kim Seri telah membuat permohonan maaf dan berjanji akan membayar semula wang pelanggan selewatnya pada 1 Februari 2025.

Walau bagaimanapun, ada yang mendakwa sehingga kini wang mereka masih belum dipulangkan dan Kim Seri pula telah selamat mendirikan rumah tangga dengan seorang lelaki dari Korea Selatan.

Sumber: Facebook