Pempengaruh media sosial, Kim Seri kini sah bergelar isteri selepas selamat bernikah dengan jejaka pilihan hati yang merupakan warganegara Korea Selatan, Choi Amin.

Artikel Berkaitan: Kim Seri Umum Bakal Bernikah Dengan Jejaka Korea Dalam Masa Terdekat – ‘Dia Bujang & Saya Bukan Milik Sesiapa’

Artikel Berkaitan: Kim Seri Sifatkan Bakal Suami Sebagai ‘Penyelamat’ – ‘Amin Beri Modal Untuk Mulakan Bisnes Supaya Saya Dapat Bayar Hutang’

Dua jiwa

Berita gembira itu dikongsikan oleh pemlik nama Seri Azlina, 40 menerusi Instagram miliknya dipercayai selepas mereka selamat diijabkabulkan pada Rabu.

Menerusi muat naik tersebut, Kim Seri memaparkan gambarnya bersama suami beserta kapsyen yang romantis.

Dua jiwa. Satu janji. Satu perjalanan.

Semoga Allah merahmati perkahwinan ini dan menjadikan kami suami isteri pasangan yang soleh.

Dalam pada itu, Kim seri turut memohon doa daripada orang ramai supaya mahligai yang dibina bersama suaminya berkekalan hingga akhir hayat.

Ya Allah, berkatilah pasangan Choi Amin dan Seri Azlina. Limpahkan keberkatan kepada mereka berdua dan kurniakan mereka rezeki yang luas, penyelesaian terhadap segala hutang-hutang.

Kelegaan dari segala kesusahan dan keberkatan dalam hidup dan perkahwinan mereka.

Jadikanlah pernikahan ini pintu kepada rezeki, kebahagiaan dan kejayaan wahai Tuhan yang Maha Pengasih, amin.

Tidak dinafikan, majlis pernikahan mereka berdua mendapat reaksi positif dalam kalangan warganet.

Sesetengah mereka mendoakan agar pasangan itu berkekalan dan dikurniakan kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Sebelum ini, Kim Seri pernah mendirikan rumah tangga bersama seorang jejaka Melayu namun berpisah pada tahun lalu.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Komen netizen

Sumber: Instagram