berita

King Coco Sahkan Sudah Berpisah Dengan Suami – ‘Saya Dah Lama No Longer Married’

September 27th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Selebriti media sosial yang pernah viral suatu ketika dahulu kerana mempunyai ‘pelat’ pelik ketika bertutur, King Coco mengesahkan bahawa dirinya telah bercerai dengan bekas suami, Azrin Anas Abdul Shukor.

Artikel berkaitan : [VIDEO] Ingatkan Tipu, Rupanya Betul! King Coco Menang Jawatan Ketua Srikandi Bersatu Bahagian Bagan Serai

Artikel berkaitan : Dilihat Cekal Hadapi Kritikan Netizen, Luahan ‘Deep’ King Coco Buat Keyboard Warrior

Artikel berkaitan : ‘Gembira La Kau Khianat Isteri Kau’- Pasangan Pengantin Baru ‘Diserang’ Netizen Selepas Berkahwin Semalam

King Coco dah bercerai

Menerusi perkongsiannya di Instagram, King Coco menjelaskan kepada netizen bahawa dia sudah lama bercerai dan berharap agar penjelasannya itu menjawab segala spekulasi terhadap dirinya.

Penjelasan untuk semua. Harap menepati apa yang perlu saya jelaskan.

Dalam pada itu, pemilik nama Marshaira Ismail sebenarnya enggan membuat video berkenaan, namun dia perlu menjelaskan bagi mengelakkan individu tertentu daripada diganggu.

Sebenarnya saya tak nak buat video ni dah. Saya tak nak bercakap mengenai hal peribadi saya dah tapi saya rasa saya perlu jelaskan kerana ada orang-orang yang telah diganggu.

‘Saya dah lama dah no longer married’

Ujarnya lagi, dia telah habis tempoh edahnya dan kini menjalani kehidupan sendiri tanpa teman lelaki atau suami disisi.

Saya dah lama dah no longer married (dah lama tidak berkahwin) dan saya pun dah lama habis edah.

Saya sekarang menjalani kehidupan sendiri tanpa ada teman lelaki atau suami.

Terdahulu, King Coco telah berkahwin dengan Azrin Anas pada 1 Januari 2017 dan dikurniakan dua cahaya mata.

‘Penjelasan untuk semua’

 

View this post on Instagram

 

A post shared by KING COCO ? (@k1ngcoco_1)

Sumber : k1ngcoco_1

SKIP THIS AD ×