berita

Kini Anda Boleh Shopping Barang Kemas HABIB Secara Dalam Talian

June 5th, 2021 | by Wan
Shout Out!

Penularan pandemik Covid-19 telah merubah pasaran e-dagang yang kini menerima sambutan hebat di seluruh dunia termasuk Malaysia. Maka tidak hairanlah apabila rata-raya rakyat Malaysia kini lebih gemar berbelanja secara dalam talian untuk membeli barangan keperluan harian terutamanya susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia.

Tambahan pula, sekatan perjalanan yang dilaksanakan di seluruh negara tidak memberi pilihan lain kepada kita semua selain hanya duduk di rumah. Walaubagaimanapun, situasi ini telah menyumbang kepada lonjakan transaksi dalam e-dagang, apatah lagi dengan prosesnya yang begitu mudah, di samping pilihan yang banyak dan tawaran harga yang jauh lebih murah.

Duduk rumah & shopping!

Ini juga termasuk pembelian barangan kemas yang kian menjadi pilihan pelanggan yang sanggup berbelanja besar demi keselesaan membeli belah secara dalam talian. Bagi memastikan pelanggan setia dapat memilik barangan kemas idaman ketika sedang menjalani PKP, HABIB menawarkan perkhidmatan pembelian barang kemas secara atas talian menerusi mana-mana laman sesawang HABIB dan kedai rasmi HABIS di Shopee, Lazada dan Zalora.

Dengan pengalaman lebih dari 60 tahun dalam industri perniagaan barangan kemas, HABIB menjanjikan ketulenan barangan yang dibeli oleh para pelanggan termasuklah semua pembelian dalam talian, dan setiap pesanan akan dibungkus rapi dan kemas, seterusnya dihantar sehingga ke pintu rumah anda bagi memberikan kepuasan pelanggan yang maksima.

Lebih istimewanya, setiap bungkusan yang dihantar menggunakan kurier adalah diinsuranskan oleh HABIB. Oleh itu, pelanggan tidak perlu gusar jika berlaku apa-apa perkara yang tidak diigini sepanjang proses pembelian mereka kerana ia akan ditanggung sepenuhnya oleh HABIB dan pihak kurier yang terlibat.

HABIB turut sama memanfaatkan kesemua saluran-saluran media sosial mereka bagi memastikan setiap pengalaman pembelian dalam talian para pelanggan adalah unik dan sentiasa diutamakan.

Pembelian boleh dibuat melalui laman sesawang rasmi HABIB, Shopee, Lazada dan Zalora.

SKIP THIS AD ×