berita

Kini Dengan Bantuan Kamera Termo Pada Aircond, Tidur Anda Tidak Akan Lagi Terganggu!

March 16th, 2017 | by Arini Saleh
Shout Out!

RAS-VX10CG

Perkara pertama nak buat bila balik dari kerja mestilah baring dan rest-rest kejap nak lepaskan penat lelah dekat office tadi kan. Bila dah buka aircond tu layan je sampai mata pun layu, silap-silap boleh terlelap. Haa ni kami nak bagitau korang Hitachi ada mengeluarkan penyaman udara terbaru yang memang sangat power!

Mana taknya penyaman udara ini dilengkapi dengan kamera suasana siling yang boleh adjust suhu ikut keperluan badan korang tau! Lepas ni dah tak payah susah-susah bangun tengah malam bila tiba-tiba rasa sejuk. Best gila…

Aircond bersifat pintar dan mesra alam

17160745_10206636501431590_1189232540_n

Wahh memang cool aircond ni, bersifat pintar dan mesra alam. Dilengkapi dengan Kamera Suasana yang menggunakan Kamera Termo dan Imej untuk detect lokasi/kedudukan korang dalam rumah. Maknanya aircond ni akan detect kedudukan dan halakan kepada korang mengikut keperluan suhu yang sesuai.

Tidur korang tidak akan terganggu lagi!

17198056_10210736901612877_1057583502_n

Tidur malam korang pun dah tak terganggu lagi, dengan adanya Mode Air Sleep Ceiling Sensor. Ianya akan mengawasi keadaan tidur korang sepanjang malam dan melaraskan suhu secara automatik untuk memastikan korang tidur nyenyak. So korang dah tak perlu nak bangun semata-mata nak naikkan suhu aircond bila terasa sejuk semasa tidur. Hebat kan!

Bukan sahaja aircond ni boleh detect suhu badan korang, Wave Blade Indoor Fan yang ada pada aircond ini juga menjanjikan operasi yang sangat senyap. Selain daripada benda-benda best yang kami highlight ni, banyak lagi fungsi lain yang ada tau! Yang paling penting penggunaan aircond ni dapat mengurangkan penggunaan tenaga sebanyak 62% berbanding model yang lain. Siap ada warranti 10 tahun lagi! Memang berbaloiii

Untuk maklumat lanjut korang boleh layari Hitachi Sales Malaysia!

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×