berita

Kini, Malaysia Airlines Tawarkan Penerbangan Terus Dari KL Ke Surabaya. Yuk! 

September 7th, 2017 | by Nurul
Shout Out!

Selain menjadi tumpuan untuk mereka yang ingin berbulan madu, Surabaya juga terkenal sebagai destinasi pelancongan pilihan kerana tempat-tempatnya yang cantik, teratur dan sesuai untuk percutian seisi keluarga.

Suroboyo Carnival Park

Masjid Cheng Ho, Surabaya

Kalau korang nak tau, Surabaya turut dikenali sebagai kota terbersih di Indonesia tau. Wow! So, bagi siapa-siapa yang belum pernah pernah ke Indonesia, korang wajib masukkan Surabaya ni dalam itinerary korang.

Tawaran hebat untuk penerbangan pergi dan balik ke Surabaya!

Haa..selain ada penerbangan terus ke Surabaya, Malaysia Airlines juga bermurah hati nak bagi korang harga gempak untuk penerbangan pergi dan balik tau! Biar betul?!

Tiket penerbangan bagi kelas ekonomi bermula dengan harga RM369 (pergi dan balik), manakala untuk penerbangan kelas bisnes pula, harga bermula dengan RM1199 (pergi dan balik). Gempak gila kan!

Tawaran ini juga adalah termasuk 30 kg beg bagasi bagi kelas ekonomi dan 40 kg beg bagasi bagi kelas bisnes berserta in flight meal dan hiburan di dalam pesawat.

Tempoh promosi: 25 September 2017 – 1 Oktober 2017

Tarikh penerbangan: 29 Oktober 2017 – 12 November 2017

Apa lagi tunggu, cepat rebut tawaran hebat ni dan terbang bersama Malaysia Airlines! Jangan lepaskan peluang keemasan ini tau!

Untuk maklumat lanjut, layari www.malaysiaairlines.com


SKIP THIS AD ×