berita

Kini Pelajar Boleh Miliki Matebook 13 & Pelbagai Peranti HUAWEI Dengan Skim Bayaran Ansuran!

December 18th, 2019 | by Asyraf Khalib
Shout Out!

Pelajar universiti dan teknologi memang tak dapat dipisahkan. Kalau tanya pasal smartphone dekat generasi celik IT ni, confirm mereka boleh bercerita dengan panjang lebar. Di universiti, boleh dikatakan kebanyakan pelajar guna banyak jenis peranti untuk selesaikan tugasan harian contohnya sewaktu presentation, research dan banyak lagi lah.

Hm.. yang jadi masalahnya sekarang, semakin hari harga peranti yang ada dekat pasaran sekarang ni makin mahal. Student pulak mana lah ada duit sangat kan. Sebab tu dalam artikel kali ni kami nak share tentang kempen Together 2020 daripada HUAWEI.

Melalui kempen ini, para pelajar berpeluang untuk memiliki pelbagai jenis peranti HUAWEI dengan skim bayaran ansuran serendah RM19.39/sehari. Untuk pakej pelajar, korang akan dapat HUAWEI MateBook 13, telefon pintar HUAWEI nova 5T, Watch GT2 dan FreeBuds 3.

Nak tahu apa kelebihan kesemua peranti ni? Baca artikel ni sampai habis tau!

1. HUAWEI nova 5T memang stylish!

Sebagai student korang mesti perlukan smartphone serba canggih tapi dalam masa sama nak cari yang harganya berpatutan kan? Sebab tu dalam pakej pelajar ni HUAWEI tawarkan telefon pintar HUAWEI nova 5T untuk korang. Bukan biasa-biasa tau sebab smartphone ni didatangkan dengan AI chipset Kirin 980 yang juga merupakan chipset 7nm pertama di dunia.

HUAWEI nova 5T turut dilengkapi kamera Quad AI dengan 32MP untuk kamera swafoto. Ia juga hadir dengan mod AIS Super Night yang membolehkan korang untuk tangkap gambar dalam keadaan gelap. Ini antara gambar yang diambil menggunakan HUAWEI nova 5T. Cun kan?

Pasal bateri pulak korang tak perlu risau, sebab baterinya dilengkapi dengan teknologi pengecasan SuperCharge yang membolehkan bateri telefon ni dicas sebanyak 50% dalam masa 30 minit je tau. So, kalau nak cepat-cepat ke kuliah tu memang tak ada hal.

Telefon ni juga didatangkan dengan 3 warna yang berbeza iaitu Midsummer Purple, Crush Blue dan Hitam. Pendek kata, semua warna ni memang kena dengan jiwa orang muda, style habis wei!

2. Tugasan di universiti jadi lebih mudah dengan MateBook 13

Kalau sebut pasal laptop, kami yakin semua student wajib ada laptop sendiri untuk buat assigment, presentation dan lain-lain tugasan. Paling penting laptop tu mesti la senang nak guna dan mudah untuk dibawa ke mana saja.

Dalam pakej pelajar yang ditawarkan HUAWEI, korang akan dapat MateBook 13 tau. Keupayaan laptop ni serius sangat mengagumkan dan mudah sebab korang boleh connect terus dengan telefon pintar HUAWEI dengan hanya 1 tap je!

Korang juga boleh gunakan fungsi interface melalui semua peranti HUAWEI supaya senang untuk korang control. Dengan menggunakan smartphone nova 5T je, korang juga boleh share files dan foto korang ke laptop ni dengan satu tap je tau. Laju pulak tu. Hanya 1 minit masa yang diperlukan untuk transfer 500 gambar.

3. Watch GT2 teman setia di universiti

Bila dah bergelar student, sibuk dengan assignment, kuliah dan program universiti tu perkara biasa. Kalau korang ada Watch GT2 ni, korang tak perlu risau dah pasal terlepas pandang sebarang mesej atau peringatan penting ni kalau korang pair kan jam ni dengan telefon pintar korang.

Jam ni jugak mampu mengawasi tahap kesihatan dan kadar degupan jantung korang serta membolehkan korang untuk tahu laporan penuh tahap kesihatan korang dekat smartphone korang tu. Paling best, korang juga boleh jawab serta buat panggilan tanpa perlu bawa telefon sewaktu tengah bersenam tau. Sambil-sambil bersenam tu boleh jugak dengar muzik terus dekat jam ni.

4. Lebih fokus dan bergaya dengan FreeBuds 3

Peranti FreeBuds 3 ni pula agak unik sikit sebab ianya dilengkapi dengan ciri-ciri noise reduction yang membolehkan korang nikmati muzik tanpa diganggu dengan bunyi-bunyi daripada luaran. Peranti ni juga membolehkan korang dengar muzik dengan lebih jelas dan dalam masa yang sama membolehkan korang menjawab panggilan melalui FreeBuds 3 ni.

Design juga sangat simple dan selesa untuk dipakai dekat telinga untuk jangka masa yang lama. HUAWEI FreeBuds 3 ni dicipta berdasarkan algoritma generasi Bluetooth yang secara dinamiknya akan menghalang sambungan daripada gangguan WIFI dan secara pantas akan mengaktifkan noise cancellation. Pendek kata, ia membolehkan korang menikmati audio dengan lancar.

Banyak lagi pakej HUAWEI Smart Life tersedia!

Bukan pakej student je yang ada tau, banyak lagi pakej-pakej menarik daripada HUAWEI yang kena dengan personaliti dan gaya hidup untuk korang nikmati dengan harga yang bermula serendah 8.97/sehari je. Paling best kesemua pelan bayaran ansuran HUAWEI ni, 0% interest tau!

So, apa korang tunggu lagi? Cepat-cepatlah pergi dapatkan pakej-pakej yang gempak ni. Kunjungi website HUAWEI sekarang untuk mula melanggan atau ingin mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan dengan pakej yang ditawarkan ni.

SKIP THIS AD ×