Bila sebut Kinohimitsu, mesti ramai tahu akan jenama kecantikan dan kesihatan yang dah lebih 20 tahun ada di pasaran Asia Tenggara.

Meski telah berada lama di pasaran, jenama ini tidak pernah mengabaikan status halal mereka dan baru-baru ini mereka telah diraikan dalam satu majlis Penghargaan Khas bagi Kecemerlangan Halal di Putrajaya.

Majlis ini bukan sekadar simbolik tetapi untuk mengiktiraf komitmen Kinohimitsu terhadap halal, sambil menekankan kepentingan kerjasama antara jenama, badan pensijilan dan rakan runcit untuk memastikan produk halal lebih dekat dengan pengguna.

Halal bukan sekadar logo

Dalam dunia kecantikan dan kesihatan, halal kini lebih daripada sekadar logo pada pembungkusan. Ia tentang kepercayaan, keselamatan dan ketulenan.

Di sinilah Jakim memainkan peranan penting, memastikan setiap produk yang sampai ke tangan pengguna memenuhi standard tertinggi, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di peringkat antarabangsa.

Watsons mudahkan akses kepada produk halal

Sebagai rakan runcit utama, Watsons Malaysia terus memudahkan pengguna untuk mendapatkan produk halal Kinohimitsu.

Dengan rangkaian lebih 750 cawangan, jenama ini mudah didapati di seluruh negara, termasuk bandar dan luar bandar.

Hubungan kerjasama selama 25 tahun menunjukkan bagaimana kolaborasi strategik mampu memperluas capaian dan kepercayaan pengguna.

Sokongan komuniti wanita

Majlis ini juga menampilkan peranan penting WAWASANITA, yang menyokong lebih 14,000 usahawan wanita. Kehadiran mereka menegaskan bagaimana produk halal bukan sahaja menyokong kesejahteraan pengguna tetapi turut memperkasakan wanita dalam komuniti melalui inovasi dan pilihan yang diyakini.

Halal sebagai teras pengembangan

Melangkah ke hadapan, halal akan terus menjadi teras utama dalam setiap langkah pengembangan Kinohimitsu di Asia Tenggara.

Setiap formulasi bukan sahaja dirangka untuk keselamatan dan ketulenan, tetapi juga untuk mencerminkan dedikasi jenama terhadap kesejahteraan pengguna Muslim.

Untuk sebarang promosi ataupun maklumat terkini mengenai Kinohimitsu, korang boleh ikuti laman Instagram mereka di SINI.