berita

Kisah Gagal Twilight : Kristen Stewart Curang Terhadap Robert Pattinson

July 27th, 2012 | by M
Hollywood

Kisah Twilight yang menjadi subjek cinta era moden ini menemui kegagalan apabila secara realitinya bintang utamanya, Kristen Stewart dilaporkan berlaku curang dengan seorang pengarah, Rupert Sanders.

Walaupun Kristern Stewart secara terbuka meminta maaf kepada kekasihnya, Robert Pattinson, ia tak berjaya memulihkan hubungan mereka berdua. Malah, Robert Pattinson mengambil langkah drastik berpindah keluar daripada rumah yang diduduki bersama.

Memetik laporan Page Six, seorang saksi memberitahu bahawa kedua-dua pasangan terbabit bertengkar di belakang pentas sempena majlis Anugerah Teen Choice, sehari sebelum beberapa keping foto dipercayai Kristen Stewart dan Rupert Sanders bercium di khayalak ramai tersebar di ruangan internet.

Robert Pattison dilaporkan sehingga kini amat kecewa dengan tindakan curang kekasihnya.

Dalam video berlainan, seorang peminat memberikan reaksi histeria dan berang dengan tindakan Kristern Stewart melalui sebuah video yang dimuatnaik khas kepada pelakon tersebut.

The following two tabs change content below.

M

Founder OHBULAN! yang kini bergiat secara serius dalam industri media & pengiklanan. Beliau membantu para klien mencapai pelanggan yang berpotensi melalui kempen pengiklanan secara menyeluruh dan berkesan.

SKIP THIS AD ×