Kisah dua pelajar Sekolah Kebangsaan Seri Wakaf Bharu, Tumpat, Kelantan yang mengikat kasut mereka menggunakan getah meraih perhatian dan simpati ramai.

Artikel Berkaitan: Tika Bravani Dakwa Pernah Dibuli Ketika Zaman Sekolah – ‘Saya Tiada Kawan, Mereka Pulaukan Saya’

Kasut ikat getah

Menerusi hantaran di TikTok, pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan telah menghadiahkan sepasang kasut sekolah baharu kepada kedua-dua murid tersebut.

Menurut YDP PIBG SK Seri Wakaf Bharu merangkap Presiden Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK), pihaknya bertindak pantas selepas kisah berkenaan tular di media sosial.

Alhamdulillah, kami daripada MTRK berkesempatan menghadiahkan kasut baharu kepada dua murid di SK Seri Wakaf Bharu, Tumpat.

Terima kasih tidak terhingga kepada Presiden MTRK merangkap Yang Dipertua PIBG kerana sentiasa cakna dan bertindak pantas agar pelajar ini dapat memakai kasut baharu di awal musim persekolahan.

Dalam hantaran sama, Guru Besar sekolah tersebut turut merakamkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat atas keprihatinan mereka terhadap kebajikan murid berkenaan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya meluahkan rasa sebak dan terharu melihat keprihatinan yang ditunjukkan, selain memuji tindakan pantas PIBG dan MTRK membantu meringankan beban keluarga pelajar terbabit.

Malah, ada juga netizen yang berharap lebih banyak pihak tampil membantu golongan kurang berkemampuan agar kebajikan murid sekolah sentiasa terjamin.

Dalam pada itu, tidak kurang juga segelintir netizen yang bercakap tentang ketampanan wajah salah seorang kanak-kanak tersebut.

Sumber: TikTok