Tarikh kematian seseorang pastinya tidak boleh dijangkakan. Meskipun anda sihat, kematian boleh berlaku bila-bila masa sahaja atas kehendak Allah SWT. Sebab itulah kita perlu sentiasa bersedia untuk menghadapinya.
Kisah kematian seorang pakcik ini amat menyentuh hati kerana dirinya seorang anak yatim piatu dan terpaksa mendapatkan bantuan orang lain untuk menanggung kos pengurusan jenazah yang terlalu tinggi.
Tak mampu bayar caj pengurusan jenazah
Alhamdulilah 5.48am siap kami mandi dan kafankan arwah. Agak sedih cerita Pakcik Aziz nie. Allah memang nak jodohkan kami untuk membantu pakcik nie yang meninggal adalah anak yatim piatu dan Pakcik Aziz menjaga arwah macam anak sendiri sejak kecil.
Dikenakan caj RM2800 untuk mandi dan kafan serta hantar ke Tampoi, kafan sahaja rm980.00 giler sakit otak punya harga.
Mereka hubungi kami untuk membantu, Pakcik Aziz hanya pemandu van RM60 sehari itu pon dah 5 hari menjaga arwah tidak bergaji bila dah meninggal macam nie dikenakan pulak caj RM2800.
‘Segalanya kami bantu uruskan..’
So, dengan volunteer Zu Islam, zul kami uruskan arwah sehingga selesai, disebabkan Pakcik Aziz kurang berkemampuan segalanya adalah percuma walaupun mata dah berpasir sebab ngantok kami gagah kan jua sebab ini adalah tanggungjawab kami untuk membantu.
Doakan volunteer Zul sampai di tampoi dengan selamat, ditemani anaknya sendiri. Fikir logik sikit malam-malam pukul 3.00 pagi mane nak cekau RM2800. Sumbangan kalian telah sampaikan untuk arwah ini.
Alhamdulillah jenazah selamat sampai
Walaubagaimanapun, menerusi perkongsian Facebook Ahlul Hizaab Ahlul Hukaama, atas bantuan ikhlas yang dilakukan oleh volunteer Zul, jenazah telah selamat sampai di kampung halaman arwah di Kampung Pasir, Tampoi Johor. Al-Fatihah..
Sumber: Mohd Zulhairi Zainol