berita

Kisah Seorang Gadis Yang Berkawan Dengan 3 Makhluk Halus. Jom Tengok Movie Ghost Danur Ni! Real Story Tau…

May 4th, 2017 | by Noraniza
Shout Out!

dp ghost danur

Untuk penggemar cerita hantu tu korang mesti akan suka movie ni. Ghost Danur ini ditulis sendiri oleh Novelist yang bernama Risa Saraswati. Tapi kalau korang nak tahu, novel ini juga telah ditulis berdasarkan kisah hidup Risa sendiri. Pengalaman beliau yang sangat hebat sebab dapat berkomunikasi dengan makhluk di alam lain.

Filem ini juga mengisahkan tentang perkongsian Novelist, Risa Saraswati ini sendiri bila beliau mempunyai pengalaman yang luar biasa iaitu berkawan dengan makhluk halus sejak dia kecil. Tapi.. ‘rakan-rakan’ ini bukan yang jahat tau. Malah, mereka sangat baik..

Lagu ‘Boneka Abdi’ adalah cara memanggil ‘rakan-rakan’ Risa.. OMG!

ghost danur 1

Menurut Risa Saraswati sendiri, lagu Boneka Abdi yang sering dinyanyikan dalam movie ini adalah bertujuan untuk memanggil ‘rakan-rakan’ makhluk halus beliau. Tapi apa yang korang KENA tahu adalah, setiap kali lagu ini dinyanyikan, ‘rakan-rakan’ Risa akan ada serta merta disekeliling mereka walaupun penggambaran filem ini sedang berjalan. Whoa! Ini tak kelakar beb!

‘Rakan-rakan’ Risa juga pernah tidak berpuas hati dengan poster yang dibuat untuk movie Ghost-Danur ini!

Ghost-Danur Poster

Ada juga kes tentang ‘rakan-rakan’ Risa tidak berpuas hati tentang poster yang dibuat oleh designer untuk movie ini. Katanya dalam poster tersebut mereka tidak meletakkan apa yang ‘rakan-rakan’ Risa kehendaki. Sampaikan designer poster ini sendiri kena kacau. Fuhh.. jangan cari pasai!

Ingin berjumpa sendiri dengan Risa Saraswati & Prilly Latuconsina ni? Jom hadirkan diri untuk Meet & Greet bersama mereka!

meet n greet

Meet & Greet with Prilly and Risa
Date: 6 May 2017 ( Saturday)
Time: 3.00 – 4.30 pm
Venue: GSC Alamanda, Putrajaya
Meet & Greet with Prilly and Risa
Date: 6 May 2017 ( Saturday)
Time: 7.30 – 8.30 pm
Venue: TGV KLCC, Kuala Lumpur

Merchandise dan poster juga akan diberi kepada peminat yang hadir untuk ditandatangani oleh Risa dan Prilly sendiri. Apa tunggu lagi? Jom ramai-ramai jumpa novelist yang hebat ni! Mana tahu boleh dapat jumpa ‘rakan-rakan’ Risa ni sekali.. He he he..

Kalau nak tahu lebih lanjut korang boleh tengok sendiri trailer Ghost-Danur: I Can See Them ni!

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×