berita

Kisah Silam Isteri Dibongkar Satu Per Satu, Suami Tak Rela – ‘Bila Bergaduh, Saya Ungkit’

January 14th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Gambar sekadar hiasan

Setiap pasangan suami isteri mengimpikan perkahwinan yang dibina kekal bahagia hingga ke syurga. Namun setiap rumah tangga pasti ada ujiannya. Seorang suami meluahkan rasa payah untuk merelakan kisah silam isterinya yang terbongkar satu per satu bermula ketika mereka merancang untuk berkahwin lagi.

Isteri pernah dirogol, juga anak tak sah taraf

Gambar sekadar hiasan

Menerusi satu perkongsian di laman Twitter pengacara Fedtri Yahya dengan tanda pagar #aduanjiwa, seorang lelaki memohon pendapat orang ramai tentang masalah yang dia hadapi dalam rumah tangganya.

Lelaki yang identitinya dirahsiakan itu berkata, dia sudah berkahwin selama 3 tahun, dan sudahpun mempunyai 2 orang cahaya mata, namun sehingga kini tidak mampu merelakan kisah silam isterinya.

Menurut tangkapan skrin tersebut, sebelum berkahwin, isterinya mengaku pernah dirogol, namun dia akur dan terima akan perkara itu. Kemudian pada tarikh berdekatan dengan hari pernikahan mereka, bapa mertuanya telah mewakilkan adik ipar untuk memaklumkan bahawa isterinya merupakan anak tak sah taraf dan mereka memerlukan khidmat wali hakim untuk mewalikan pernikahan tersebut.

Lelaki tersebut mempersoalkan nasib dirinya. Katanya, dia umpama mendapat seorang isteri yang tiada ‘mahkota’ seperti yang diidamkan para kaum lelaki yang lain.

Tambahnya lagi, dia pasrah dengan ketentuan, namun tetap memikirkan perkara tersebut sehingga hari ini, dan selalu mengungkit kisah silam isterinya sekiranya mereka berbalah.

Dia pernah dirogol… ok saya terima.

Bila dah nak dekat majlis nikah, bapa dia wakil suruh adik dia cerita hal sebenar. Dia tak boleh walikan isteri saya rupanya sebab anak luar nikah. Tapi sebab bapa dia tak nak jujur awal-awal, saya jadi rasa ditipu.

Bukan salah isteri

Melihat balasan yang diterima ciapan tersebut, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat kepada lelaki tersebut untuk merelakan kisah silam isterinya, dan harus memberi semangat dan dorongan kerana ujian yang ditanggung dari kisah-kisah silam tersebut bukan salah isterinya sendiri.

Sumber: Twitter

SKIP THIS AD ×