Siapa kat sini memang follower tegar drama yang jadi sebutan ramai sebelum ini iaitu ‘Teman Lelaki Upahan’.
Drama itu secara tidak langsung telah melonjakkan nama Ungku Ismail sebagai hero yang paling awesome dan nampak real dalam lakonannya.
Namun, apa yang kami nak ketengahkan kali ini bukan mengenai bakatnya, namun mengenai sikap prihatinnya terhadap kanak-kanak yang menghidap kanser.
Permulaan Kisah Ungku Ismail Mencari Kanak-Kanak Hidap Kanser
Alhamdulillah, dari Kota Bharu Kelantan ke Bilik Kelantan PWTC, kemudian ke Balang Rimbun Sdn Bhd untuk meeting next project. Ada jugak job dengan @syahidjohan member dari dulu tak kesampaian nak panggil.
A telemovie titled “Travelling Beruang”. Watak saya agak heavy, seorang ayah yang murung kerana anaknya dah mati kerana cancer. Need research on kids with cancers. Siapa siapa ada keluarga yang mengalami keadaan sama? Siapa siapa yang ada punca cerita saya boleh Google to research on cancer and similar stories ke apa ke kan? Share laa.
Siapa Adik Mimi?
Ini Adalah Adik Mimi!
To meet her soon! Lagi awal yang saya sangka. Saya Insyaa Allah akan tetap menziarahi adik adik yang menghidap kanser di kawasan Kuala Lumpur (asalnya plan next week, tapi dirombak), oleh kerana jadual saya dan @syahidjohan banyak naw clashingnyer, so we are meeting Adik Mimi next week, Insyaa Allah. Whatever it is, this just got more excited, Balang Rimbun agrees nak melayan kerenah saya. Very the sporting one aiyoyo. Sayang baru sekarang dapat job dengan diaorang. Kan? Huhuhu.
Akhirnya, Ungku Ismail Jumpa Adik Mimi
Kisah semalam yang merapuhkan hati ini. Finally aku dapat jumpa dia dan keluarga, Alhamdulillah. Treatment dia dah sampai Maintenance Phase, tapi possibility untuk relapse masih tinggi.
Luluh jiwa melihat anak yang segar dan ramah ini sungguh pun ibunya menangis nangis menceritakan keadaan awal dahulu. Ibunya terpaksa makan biskut tiga keping cecah air kosong dari bilik air setiap hari untuk tampung perubatannya. Tambahan pula, selepas Mimi, abang abangnya pula menghidap kanser.
Susah, kerana bantuan kewangan tidak ada ataupun terlalu sedikit. Bapanya cuba ke lima tempat untuk memohon bantuan tetapi tidak berjaya. Di manakah kita untuk adik adik yang senasib seperti Mimi?
Saya hadiahkan dia teddy bear itu dengan harapan ia menjadi peringatan kepada kehadiran saya, dan saya simpan satu juga yang akan saya pakai dalam lakonan nanti (jika disetujui @syahidjohan) sebagai simbol untuk anak anak kecil yang senasib dengannya.