
Penyanyi, Syasya Rizal tampil menyuarakan pandangannya berhubung trend orang ramai yang kini dilihat semakin awal membuat persiapan Aidilfitri.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Bukan Dengan Cara Menghina’ – Syasya Rizal Tegur Netizen Biadab, Tidak Teragak Mahu Ambil Tindakan Undang-Undang
Artikel Berkaitan: Syasya Rizal Kecewa Netizen Suruh ‘Cabut’ Tudung Sebab Termakan Daging Khinzir – ‘Kita Semua Pendosa’
Baju raya

Menerusi perkongsian di Threads, pemilik nama Norsyasya Afiqah Shahrizal berkata fenomena tersebut bukanlah satu kesalahan, malah ia boleh dianggap sebagai langkah bijak.
Namun, Syasya mengakui timbul persoalan yang lebih mendalam di sebalik keterujaan tersebut.
Tahun ni nampak ramai dah siap beli baju raya sebelum puasa pun bermula. Ada yang kata tak menghormati. Ada yang kata biasa saja.
Tak salah pun, cuma kadang terfikir. Kita boleh siapkan outfit lebih awal, tapi hati tu, Sempat tak kita siapkan?
Mengulas lebih lanjut, Syasya turut mengajak orang ramai menjadikan Ramadan sebagai ruang untuk muhasabah dan memperbaiki diri.
Ramadan bukan tentang siapa paling cepat ready untuk hari raya. Yang sering tertinggal bukan persiapan luar.
Tapi hati yang diam-diam masih mencari arah.
Kalau awak sedang dalam fasa lepaskan versi lama diri, belajar kenal siapa sebenarnya you, tanpa sibuk mengejar For You Page (FYP) dan jadi versi yang paling mudah ditelan algoritma.
Jangan tunggu nanti. Mula sekarang.
Sumber: Threads






![[VIDEO] ‘Tak Perlu Terlalu Lama’ – Jaja Ishak Nasihat Noorkhiriah Jangan Larut Dengan Kekecewaan](https://asset.ohbulan.com/2026/08/jaja-ishak-noorkhiriah.jpg)

