berita

‘Kita Ini Kayu Bukan Nama Besar Tidak Hebat Tapi.. ‘ – Idris Khan Akui Fokus Bangunkan Industri Hiburan

June 28th, 2022 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Pelakon Idris Khan mengakui bahawa namanya bukan besar seperti pelakon yang lain malah tidak hebat dalam industri seni tempatan.

Artikel berkaitan : ‘Tuduhan Yang Dilemparkan Terhadap Saya Adalah Fitnah’ – Idris Khan

Artikel berkaitan : A Aida Bakal Saman Amelia Henderson & Idris Khan, Tarik Diri Bagi Alasan Mengarut

Nak bantu industri hiburan

Menurut pelakon berusia 34 tahun itu, sebagai anak seni adalah untuk membantu membangunkan satu platform global yang akan memberi faedah kepada pemain-pemain industri seni tempatan serta usahawan.

Orang itu kata siapa lah Idris Khan ini? Ya okay, kita ini kayu bukan nama besar tidak hebat. Tetapi aku sedang membangunkan satu platform global yang akan beri faedah kepada pemain-pemain arts industry negara kita, perniagaan kecil dan sederhana (SME) serta usahawan.

Aku lagi suka fokus untuk bantu mengembang dan membangunkan industri yang telah berjasa pada aku, bukan memecah belahkan industri kita

Terdahulu, nama pelakon Idris Khan menjadi perbualan hangat warganet apabila penerbit dan pemilik syarikat A. Aida Production (AAP), Datuk A. Aida bakal mengambil tindakan undang-undang terhadapnya kerana menarik diri daripada membintangi sebuah drama pada saat akhir tanpa sebab yang munasabah.

Sekadar info, Idris mula aktif dalam industri hiburan pada tahun 2010 sebagai pelakon dan juga model.

Artikel asal daripada Utusan Malaysia. Ikuti berita terkini dalam dan luar negara di portal Utusan Malaysia

SKIP THIS AD ×