berita

‘Kita Kena Kuat Ye Chey’ – Pelukan Fad & Achey Di Airport Undang Sebak

February 12th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Ikatan perhubungan antara Allahyarham Abam Bocey, Achey dan Fad bagaikan air dicincang tidak akan putus. Hubungan persahabatan mereka bertiga sudah dianggap sebagai darah daging sendiri sehinggakan pemergian Abam meninggalkan kesan mendalam buat Achey dan Fad.

Fad Bocey sebelum ini mendapat berita mengenai arwah Abam ketika berada di Tokyo, Jepun bersama keluarganya di sana. Dia bagaimanpun agak terkilan tidak dapat hadir bertemu arwah buat kali terakhir.

Sedih lihat pelukan persahabatan ini

https://www.instagram.com/p/B8b4h5KJ32R/

Fad yang baru sahaja tiba di lapangan terbang pada sekitar 1.00 pagi tadi disambut oleh rakannya Achey. Video menyaksikan pelukan erat antara dua orang sahabat ini undang sebak ramai yang penonton. Suasana di balai ketibaan ketika itu juga menjadi sayu.

‘Aku bayangkan kau pun ada dalam pelukan ini’

https://www.instagram.com/p/B8b1sr3AZ6m/

Fad turut memuatnaik foto berpelukan erat bersama Achey dalam tangisan kehilangan seorang rakan baik mereka. Fad menerusi laman Instagramnya itu bersyukur selamat tiba di tanah air dan masih terbayangkan arwah Abam juga dalam pelukan erat ini. Mereka berdua perlu saling kuat untuk mengembalikan semangat setelah terkejut akan berita pemergian seorang sahabat dan insan yang cukup berbakat dalam industri.

Terasa mula bergerak perlahan

https://www.instagram.com/p/B8b-kvLgX88/

Achey juga membawa sehelai baju milik arwah Abam ke balai ketibaan sewaktu menyambut kepulangan Fad Bocey pada awal pagi tadi. Menerusi kapsyen yang ditulis Achey ini, sejak kehilangan Abam tempoh hari dia sudah seperti hilang semangat dan kekuatan. Fad merupakan sayap bagi kumpulan Bocey untuk terus bergerak semula dalam meneruskan misi perjuangan kumpulan ini.

Sumber: Abam, Fad Bocey, Achey

SKIP THIS AD ×