berita

‘Kita Lelaki, Patah Tumbuh Hilang Berganti’ – Netizen Serang FB Suspek Bunuh, Tanam Isteri

March 5th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Hari ini, negara digemparkan dengan satu tragedi di mana seorang mayat wanita yang ditemui di dalam sebuah tong air yang tertanam di sebuah ladang serai oleh pihak polis.

Namun, apa yang lebih mengejutkan, apabila kejadian kejam itu didakwa dilakukan sendiri oleh suaminya.

Artikel Berkaitan: Angkara Cemburu, Suami Bunuh Isteri, Isi Dalam Tong Sebelum Tanam Guna Jengkaut

Sebelum kejadian itu, suspek dipercayai sempat memuat naik beberapa status menerusi laman Facebooknya seolah-olah memerli isterinya sendiri.

Bagaimanapun, kini laman Facebooknya telah diserang oleh warganet yang rata-rata ‘geram’ dan ‘marah’ dengan tindakannya.

Dipercayai Facebook suspek

Difahamkan, status tersebut telah dimuat naik oleh suspek, sebelum isterinya dilaporkan hilang. Mangsa telah dilaporkan keluar rumah pada 1 Mac selepas bergaduh dengan suaminya.

Menerusi status tersebut, si suami memberi gambaran akan berkahwin dengan wanita lain namun, proses pencariannya menjadi sukar disebabkan pemakaian pelitup muka yang kini menjadi kewajiban jika berada di tempat awam.

Perli isteri?

Apa susah orang tak nak masak…

Menerusi status yang lain, suspek juga sempat memberikan ‘hint‘ bahawa isterinya tidak menjaga makan minumnya. Bahkan, dia terpaksa ke kedai makan bagi mengisi perutnya. Pada masa yang sama, dia sempat memberikan nasihat kepada orang ramai supaya memfokuskan kepada ilmu akhirat yang lebih penting.

Terdahulu, mayat seorang wanita yang pada mulanya dilaporkan hilang telah dijumpai oleh pihak polis dalam keadaan yang cukup tragis. Difahamkan, kes tersebut bermotifkan cemburu dan pihak polis turut menjumpai surat tuntutan fasakh di kediaman berkenaan.

Sumber: Facebook

SKIP THIS AD ×