Isteri kepada penyanyi Aiman Tino iaitu Che Syarah Haifa menyifatkan rumah tangganya sebagai satu takdir yang terbaik dalam hidup.

Artikel Berkaitan: Aiman Tino Tinggalkan Nafkah Sebelum Pergi Memancing, Isteri Sebak Baca Ucapan Istimewa – ‘Semoga Kita Kekal Hingga Syurga’

Artikel Berkaitan: Aiman Tino & Isteri Terkesan Sering Ditanya Tentang Zuriat – ‘Mereka Tidak Sepatutnya Mempersoalkan Rezeki’

Takdir terbaik

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Syarah akui tidak menyesali keputusannya untuk mengahwini pelantun lagu ‘Ku Rela Dibenci’ tersebut.

Ujar Syarah, dia bersyukur dikurniakan seorang suami yang penuh kasih sayang sepanjang hampir empat tahun mengenali sesama sendiri.

Lebih tiga tahun mengenali awak, dan saya sedar awak adalah takdir terbaik yang pernah hadir dalam hidup saya.

Sejujurnya, sampai sekarang saya masih tak percaya yang saya dah kahwin dengan sahabat saya.

Hidup berumah tangga dengan awak adalah satu pilihan yang paling tepat saya pernah buat.

Kita penuh dengan rasa cinta, sayang dan bahagia. Saya sangat bersyukur.

Ujian anak

Dalam pada itu, Syarah sempat berkongsi ujian yang dihadapi apabila belum dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata.

Namun, Syarah terus positif dan percaya pada perancangan tuhan buat rumah tangganya.

Dalam semua nikmat, kita masih diuji dengan satu kekosongan. Rezeki zuriat yang belum tiba lagi.

Tidak mudah, tapi saya percaya ada hikmah disebaliknya.

Sekadar luahan hati ringkas.

Bersyukur sebab jalan hidup kita semua tak sama.

Tapi setiap jalan itu adalah yang terbaik untuk kita jalani.

Sumber: TikTok @Syereheife