berita

‘Kita Ni Kalau Terlampau Pandai, Jangan Tunjuk Bodoh’ – Isu Bahasa Inggeris, Issey ‘Sound’ Caprice

August 21st, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Baru-baru ini kecoh apabila penyanyi rap, Caprice didakwa mengeluarkan kenyataan yang menghina dan menyinggung perasaan segelintir rakyat Kelantan. Justeru itu, Kumpulan Anak Kelantan Prihatin telah membuat laporan polis berhubung kenyataan terbabit.

Caprice telah membuat permohonan secara terbuka kepada seluruh rakyat Kelatan. Namun menerusi Facebook pelawak, Issey Fazlisham tampil dengan satu video yang menjelaskan bahawa bukan semua rakyat Kelantan tidak memahami Bahasa Inggeris.

Bukan semua orang Kelantan tak faham

https://www.facebook.com/isey.fazlisham/videos/3270797666268501/

Menurut Issey rakyat Kelantan juga pergi ke sekolah untuk mempelajari Bahasa Inggeris, cuma yang membezakannya ada sesetengah yang fasih dan ada yang tidak. Bukan semua yang hadir ke ceramah Dr Zakir Naik itu tidak memahami sepatah hujah yang disampaikan.

Dia turut menegaskan bahawa jika seseorang itu pandai dalam berbahasa Inggeris, dia tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang tidak berasas. Dalam erti kata lain, orang pandai tidak harus memandang rendah terhadap orang yang kurang pandai.

Korang semua angguk-angguk

https://www.instagram.com/p/B1OnUm0Akyh/

Permohonan maaf Caprice

https://www.instagram.com/p/B1VbRWbBMLL/

Sumber: Issey, Caprice, IGKelantan

SKIP THIS AD ×