
Penyanyi dan pengacara, Izzue Islam berharap orang ramai meraikan lagu raya yang dikeluarkan penggiat seni tanpa terlalu cepat memberikan kritikan.
Artikel Berkaitan: Izzue Islam Syukur Dapat Berpuasa Sehari Di Madinah, ‘First Time’ Makan Hati & Paru Unta
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Izzue Islam Kurang Senang Diasak Soal Zuriat Oleh Orang Terdekat – ‘Kau Ingat Kami Tak Usaha Ke?’
‘Raikan saja’

Ketika ditemui OhBulan!, Izzue atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan, 36, berpandangan setiap lagu raya yang dilancarkan oleh penyanyi mempunyai identiti tersendiri.
Jelasnya, lagu raya sepatutnya menjadi medium yang menyuntik keceriaan dalam suasana sambutan Hari Raya.
Pada saya, kita raikan sahaja apa jua lagu raya yang dihasilkan. Setiap lagu ada keunikan tersendiri.
Untuk lagu raya kami iaitu Dulu Kini Raya, kami sebenarnya mengkategorikan lagu ini sebagai lagu yang boleh diterima kerana ada beberapa elemen yang kami terapkan seperti moden dan tradisional.
Harap pendengar di Malaysia boleh menerima lagu ini. Kalau tahun ini mereka belum suka, mungkin tahun depan mereka akan suka.
Izzue berkata demikian ketika ditemui pada pelancaran majlis lagu duet bersama Dehaniff berjudul Dulu Kini Raya yang berlangsung di The St. Regis Kuala Lumpur pada Rabu.
Ketika ditanya mengenai pengguna Threads yang bersifat lantang, Izzue berkata dia sentiasa bersedia mendengar pandangan orang ramai.
Saya okay sahaja dan terbuka menerima apa saja pandangan. Sebenarnya saya sudah bersedia dengan perkara seperti ini sejak lebih 10 tahun lalu kerana sudah terbiasa.
Ada juga yang kata suara saya biasa tetapi masih sibuk mahu menyanyi. Namun kata-kata itu tidak pernah menjatuhkan semangat saya.
Bagi saya ia tidak menghalang saya untuk terus berkarya. Kalau tidak suka tidak mengapa tetapi saya harap lama-kelamaan mereka boleh menerima.
Sementara itu, berkongsi tentang kolaborasi bersama Dehaniff, Izzue menyifatkan dia mempunyai kelainan yang boleh membantu memeriah industri muzik.








