
Pelakon, Erysha Emyra akui risau ekoran isu tular mengenai aib yang tersebar melalui rakan terdekat seperti yang bertebaran di media sosial.
Artikel Berkaitan: Erysha Emyra Bimbang Gejala Buli Semakin Berleluasa, Penting Didikan Dari Rumah
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Erysha Emyra Nafi Dakwaan Bermasam Muka Dengan Qasrina Karim – ‘Agak Peribadi Untuk Dikongsikan’
Allah jaga aib
Ketika ditemui OhBulan!, Erysha, 27, berkata, kebanyakan orang nampak baik kerana Allah menjaga aib mereka.
Pelakon drama ‘Aku Bukan Ustazah’ itu menambah, setiap individu pasti ada kisah silam yang tidak mahu diketahui umum.
Saya rasa semua orang pun akan takut kalau aib dibuka. Kita semua nampak baik sebab Allah tutup aib kita.
Kalau suatu hari Allah buka aib kita, tak tahu la diri ini bersedia atau tidak. Sebab kita semua banyak dosa, ada kisah masa lalu.
Erysha berkata demikian ketika ditemui pada majlis peragaan bagi jenama tempatan Dr Cardin yang berlangsung di Visual Three Studio, Seri Kembangan, Selangor.
Sementara itu, Erysha memaklumkan dirinya terbuka untuk berkawan dengan mana-mana rakan selebriti.
Saya berkawan saja dengan semua orang. Tapi kebanyakan rakan saya adalah daripada zaman sekolah.
Usaha menjaga aib
Mengulas usaha menjaga aib sendiri, Erysha berpendapat setiap individu perlu sentiasa ingat bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah sementara.
Kita kena sentiasa ingatkan diri sendiri yang dunia ini sementara. Perlu ada pedoman untuk jadikan diri sendiri lebih baik.
Jangan sebab kita tak buat sesuatu itu sebab kita tak nak orang tahu. Kita tak buat sebab diri sendiri.
Dalam perkembangan lain, Erysha dilantik sebagai wajah bagi jenama tempatan, Dr Cardin bagi edisi raya tahun ini yang diberi nama The Raya Table.
Selain itu, figura terkenal seperti YB Syed Saddiq, Mimi Fly, Azfar Heri serta barisan pempengaruh turut hadir meriahkan acara malam tersebut.