berita

‘Kita Tak Berada Dalam Kasut Mereka…’ – Zizi Kirana Beri Respon Isu Selebriti Kembali Tak Bertudung

August 23rd, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Susulan isu beberapa individu yang kembali tidak bertudung, penyanyi Zizi Kirana berharap agar masyarakat tidak berterusan mengecam, sebaliknya mendoakan kebaikan buat mereka.

Doa yang baik baik

Foto: Instagram @zizi_kirana

Memetik laporan Harian Metro, Zizi meluahkan rasa kasihan dengan situasi yang dialami individu tertentu sehingga mereka terpaksa membuat keputusan sedemikian.

Saya rasa kasihan kerana kita tidak tahu apa yang mereka hadapi. Apakah dugaan sampai ada yang terpaksa berbuat sedemikian.

Saya percaya keputusan yang diambil bukanlah mudah. Tapi itulah, saya nak komen lebih-lebih pun tak boleh. Kalau terjadi kepada diri sendiri bagaimana?

Saya pun tak pasti perjalanan hidup saya nanti. Kita tak berada dalam ‘kasut’ mereka. Jadi lebih elok kalau kita doakan yang baik-baik saja.

Dalam pada itu, pelantun lagu Nakketaknak itu juga mengakui tidak pernah merindui penampilan dulu namun sentiasa beringat supaya terus kekal istiqamah.

Sebenarnya nak istiqamah itu yang paling susah untuk dilakukan. Sebab itu saya ketika awal-awal pasang niat untuk bertudung ia dibuat secara perlahan-lahan. Bukan dengan drastik. Misalnya saya pakai dulu ketika di bulan Ramadan.

Kiranya saya praktikkan supaya perubahan tersebut tidak terlalu mengejut untuk diri sendiri. Macam sekarang apa-apa persalinan yang akan saya pakai pun, saya akan tengok dulu sama ada ia sesuai atau tidak.

Dari segi kerjaya pun sama. Apabila buat persembahan kena tengok penampilan. Banyak benda yang perlu diambil kira. Ada batas perlu dijaga.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×