berita

‘Kita Tak Boleh Terima LGBT’ – Tun Dr Mahathir

September 21st, 2018 | by Amat
Isu & Kontroversi

Sejak kebelakangan ini, isu mengenai LGBT, hubungan sejenis semakin mendapat perhatian masyarakat. Umum sedia maklum, menjalin hubungan sejenis ini adalah salah disisi undang-undang agama Islam. Tambah-tambah lagi apabila Malaysi merupakan negara mempunyai penganut Islam yang ramai.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan amalan LGBT itu tidak akan diterima sama sekali dalam negara ini.

Kita tak boleh terima LGBT

Menurut laporan BH Online, Tun Dr Mahathir menyifatkan konsep kekeluargaan kekal sebagai pasangan lelaki dan wanita yang berkahwin, mempunyai anak dan termasuk anak angkat. Beliau juga menyusulkan permintaan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) bagi kerajaan mengiktiraf golongan itu di negara ini.

Kita kena ingatkan Suhakam, sistem nilai kita tak sama dengan sistem nilai barat. Mereka lebih bebas. Tetapi di Malaysia ada perkara tertentu yang kita tak boleh terima, walaupun sekarang boleh dianggap sebagai hak asasi manusia di barat.

Sementara kita menerima cadangan (SUHAKAM), kita perlu mengingatkan mereka bahawa sistem nilai kita tidak sama dengan sistem Barat.

Kita tak boleh terima LGBT, perkahwinan antara lelaki dan lelaki, perempuan dan perempuan. Dan konsep kekeluargaan kita tetap sama, iaitu pasangan lelaki dan wanita, serta anak-anak, termasuk anak angkat.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) siri ke-4 bersetuju dengan akta SUHAKAM dipinda bagi memperkasakan suruhanjaya itu. Pindaan itu termasuk meningkatkan kuasa Suhakam dalam aspek penguatkuasaan dan mengadakan ‘mediation’.

Sumber: BH Online

SKIP THIS AD ×