Rasanya semua peminat sudah sedia maklum bahawa dua selebriti muda ini sedang hangat bercinta dan berlainan pegangan agama bukanlah halangan untuk mereka.
Malah, Akim Ahmad sedia untuk mendidik Stacy apabila kekasihnya itu memeluk agama Islam kelak. Tapi bila agaknya?
Tunggu Seru Tuhan & Stacy Peluk Islam
“Saya sendiri pun tak sedia lagi untuk berkahwin. Kita tunggu seru Tuhan dan tinggal dia (Stacy) nak peluk Islam. Tetapi kami sudah ke arah itu. Kedua-dua buah keluarga sudah merestui hubungan kami. Jadi untuk ke peringkat seterusnya saya rasa perlu menyiapkan banyak perkara dalam kehidupan
Sebab kehidupan berkeluarga ini adalah satu perkara yang berbeza mungkin bila kita seorang kita dapat kawal semua itu, tapi bila sudah berkeluarga semua itu ada batasnya. Saya belum bersedia ke arah itu sebab masih lagi berkeinginan dan orang tak boleh halang.”
Mahu Beli Rumah
“Kalau ada rezeki yang baik, selesa untuk kita dan keluarga dapat rumah yang kecil pun tidak ada masalah yang penting kita dapat berteduh anak-beranak serta rumah hak kita.”
Sedia Didik Stacy
“InsyaAllah untuk mendidik tidak ada masalah sebab kita pun ketua keluarga. Ilmu yang diberikan oleh ibubapa saya itu cukup lengkap dan tahu akan batas-batasnya, yang penting niat kita sendiri.”
Sumber : Rotikaya