Sebelum ini, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi iaitu YB Khairy Jamaluddin (KJ) berkongsi beberapa foto dirinya tercedera akibat kemalangan selepas basikal yang ditunggangnya melanggar sebuah lubang di jalan. Insiden itu dipercayai berlaku pada hari Ahad sewaktu dia bersama beberapa rakan yang lain berbasikal di Jalan Kampung Sri Cheeding, Banting.
Terbaru, Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuala Langat tampil memohon maaf kepada KJ menerusi laman Twitter. Difahamkan tindakan segera akan dilakukan JKR susulan insiden berkenaan.
Lubang, parit
Pothole, ditch, KJ. 2020 keeps giving. https://t.co/BjZHuo4cvP pic.twitter.com/WZJJn1q8X0
— Khairy Jamaluddin ??? (@Khairykj) December 27, 2020
KJ menerusi laman Twitternya memuatnaik foto kemalangan ketika dia berbasikal di Jalan Kampung Sri Cheeding. Basikalnya dipercayai melanggar lubang menyebabkan dia terhumban ke dalam parit berdekatan situ. Bagaimanapun, KJ hanya mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan di hospital terdekat.
Minta maaf
Susulan itu, JKR menerusi laman Twitter memohon maaf kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu. Tindakan segera untuk memperbaiki jalan di daerah tersebut akan disegerakan.
JKR Kuala Langat memohon maaf ke atas kejadian yang menimpa YB. Menteri dan akan mengambil tindakan segera ke atas isu berkenaan dan mendoakan YB cepat sembuh.
Sumber: KJ, Astro Awani, JKR Hulu Langat