Jumlah kes positif Covid-19 sejak kebelakangan ini makin meningkat malah terdapat beberapa kluster baru yang muncul yang mungkin boleh membawa kepada gelombang kedua. Berhubung perkara tersebut, Menteri Sains Teknologi & Inovasi, Khairy Jamaluddin telah menampal arahan tidak mahu bertemu dengan sesiapa tanpa memakai pelitup muka.
Elak penularan wabak
KJ telah menampal notis tersebut di pintu pejabatnya bagi menyahut seruan dengan keadaan semasa. Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, telah membuat satu sidang media khas semalam berhubung kebimbangan beliau di mana kurangnya kesedaran terhadap kepatuhan SOP dan penjarakkan sosial yang telah ditetapkan.
Kita tak boleh berkawan
Perkara tersebut disampaikan melalui ruangan Insta Story rasmi miliknya. Selain itu KJ menyatakan lagi, di luar pejabat parlimen sesiapa yang tidak memakai pelitup muka tidak boleh berkawan dengannya. Nota itu digunakan sebagai notis bagi mengelakkan penularan sekiranya orang yang ingin berjumpanya tidak sihat.
Sumber : Khairy Jamaluddin