berita

KKM Cadang Rentas Negeri Pada Hari Raya Aidilfitri Ditangguhkan

April 15th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mencadangkan rentas negeri pada Hari Raya Aidilfitri pada bulan depan ditangguhkan.

KKM cadang rentas negeri ditangguhkan

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, cadangan ini dibuat kerana bimbang penularan wabak COVID-19 makin meningkat. Keputusan sama ada membenarkan atau tidak merentas negeri dilakukan berdasarkan nasihat kementerian berkenaan.

Banyak pihak merayu kerajaan untuk membenarkan rentas negeri untuk perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Tambah beliau, apabila KKM membuat penilaian risiko, mereka sudah mengetahui sekiranya rentas negeri dibenarkan terdapat kesan yang akan berlaku.

Beliau juga turut berkata ketika kerajaan membenarkan rentas negeri dibuka, terdapat 31 kluster balik kampung pada ketika itu. Oleh disebabkan itu, KKM perlu berhati-hati untuk menjelang raya yang bakal tiba.

Akan diumum dalam masa terdekat

Katanya lagi, pihak kerajaan akan mengumumkan lebih lanjut mengenai isu ini dalam masa terdekat kerana tidak mahu mengganggu rakyat untuk pulang ke kampung dan yang mahu membeli tiket pesawat atau bas.

Datuk Seri Dr Adham Baba juga berkata bahawa bazar Ramadan turut akan ditutup jika terdapat kluster jangkitan baru daripada aktiviti bazar tersebut.

Pada Sabtu lalu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Ismail Sabri Yaakob mengatakan bahawa pihak KKM perlu membuat pengumuman lebih awal mengenai status rentas negeri sempena sambutan Aidilfitri supaya rakyat boleh bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan.

Sumber : Berita Harian

SKIP THIS AD ×