berita

KKM Kesan 9 Jenis Produk Kosmetik Popular Mengandungi Bahan Racun Berjadual, Korang Mungkin Pernah Guna!

July 16th, 2020 | by AnisAffandi
Kesihatan & Hidup Aktif

Terbaru, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan senarai beberapa produk kosmetik yang mengandungi bahan beracun berjadual. Produk-produk tersebut telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM dan tidak lagi dibenarkan lagi dijual dalam pasaran.

Bahaya untuk kesihatan

Produk yang tersenarai itu telah disahkan mengandungi bahan berbahaya oleh Bahagain Regulatori Farmasi Negara (NPRA). Produk-produk tersebut adalah keluaran tempatan yang menganduni hydroquinone, tretinoin dan betamethasone 17-valerate di mana ianya merupakan ubat yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah.

Ini senarai produk yang telah dibatalkan :

Gambar produk tersenarai

Perlu pengawasan profesional

Bahan-bahan ini memerlukan nasihat profesional kesihatan dan mengakibatkan pelbagai kesan sampingan pada kulit diri sendiri. Bahan hydroquinone boleh mengakibatkan risiko kanser kulit manakala tretinoin pula boleh menjadikan kulit hipersensitif kepada cahaya matahari.

Selain itu juga, betamethasone 17-Valerate di dalam produk kosmetik boleh menjadikan kulit menipis dan memberi kesan mudarat. Antara bahan yang selalu digunakan ialah merkuri, bahan ini boleh mengakibatkan kerosakan pada buah pinggang juga sistem saraf badan jika sering dipakai.

Denda sehingga RM100,000

KKM turut menyeru penjual dan pengedar produk-produk kosmetik ini perlu segera menghentikan serta-merta penjualan dan pengedaran kerana ini akan melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984, dimana boleh dikenakan denda sehingga RM100,000 bagi syarikat dan individu sehingga RM50,00 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau keduanya sekali.

Sumber : Kp Kesihatan

SKIP THIS AD ×