berita

KKM Kesan Kes Pertama Omicron Di Malaysia Libatkan Pelajar Dari Afrika Selatan

December 3rd, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi satu kenyataan media memaklumkan kes pertama positif Covid-19 varian Omicron telah dikesan di Malaysia pada 2 Disember 2021.

Penemuan varian Omicron

Menteri Kesihatan Malaysia iaitu Khairy Jamaluddin berkata, Malaysia merekodkan kes pertama varian dibimbangi (VOC), Omicron, membabitkan seorang pelajar berusia 19 tahun yang mempunyai rekod perjalanan dari Afrika Selatan melalui Singapura pada 19 November lalu.

Beliau telah menjalani ujian RT-PCR Covid-19 setibanya di PMA KLIA. Beliau merupakan seorang pelajar di sebuah universiti swasta di Ipoh, Perak.

Kes telah diberi diperintah menjalani pengawasan dan pemerhatian mengikut Seksyen 15, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342) dan menjalani kuarantin wajib di penginapan yang disediakan oleh pihak universiti di Ipoh.

Difahamkan, perjalanan kes dari KLIA ke Ipoh adalah menggunakan bas yang disediakan khas oleh pihak universiti. Berdasarkan siasatan yang dijalankan, pelajar terbabit yang sudah lengkap menerima vaksin dan tidak bergelaja itu telah patuh dengan menjalankan kuarantin seorang diri di penginapan tersebut.

Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) telah mengesahkan sampel ujian saringan tersebut positif Covid-19 dengan CT Value 26.68 pada 20 November 2021. Kes meneruskan pengasingan di rumah yang sama selama 10 hari dan diberi pelepasan pada 29 November 2021.

Berikutan daripada itu, kontak rapat seramai lima orang termasuk penumpang dan pemandu bas telah menjalani saringan ujian Covid-19 dan kuarantin wajib. Ujian sampel pertama dan kedua ke atas semua kontak rapat disahkan negatif.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

SKIP THIS AD ×