berita

KKM Kongsi Cara Betul Guna Kanta Lekap Dengan Selamat

October 8th, 2019 | by Shafika
Kesihatan & Hidup Aktif

Penggunaan kanta lekap (contact lens) merupakan salah satu pemakaian yang agak popular bagi menggantikan cermin mata pada masa kini. Ia juga satu keperluan kepada individu yang mempunyai masalah rabun yang ingin tampil lebih yakin.

Namun, penggunaan yang tidak betul boleh mengundang bahaya kepada pemakai kerana bebola mata hitam boleh mengalami kekurangan oksigen. Sempena Hari Penglihatan Sedunia 2019, kami kongsikan dengan anda fakta mengenai kanta lekap yang wajib anda tahu.

Pembelian kanta lekap

  1. Dapatkan ujian tahap penglihatan, pengukuran kelengkuran kornea dan pemeriksaan kesihatan mata daripada optometris atau juruoptik berlesen
  2. Jangan beli kanta lekap daripada jurujual kaunter atau melalui internet
  3. Dapatkan pemeriksaan selepas penggunaan kanta lekap kerana penggunaan kanta lekap jangka panjang akan mengubah fisiologi mata dan boleh menimbulkan komplikasi

Menerusi Kementerian Kesihatan Malaysia, orang ramai disarankan untuk mendapatkan ujian tahap penglihatan dan ukuran lengkungan kornea dari optometris atau juruoptik berlesen.

Penggunaan kanta lekap bukanlah semudah beli dan pakai. Selain itu, jangan risikokan mata dan mudah tertipu dengan kanta lekap yang dijual secara online.

Penjagaan bekas kanta lekap

  1. Bekas kanta lekap perlu ditukar setiap 3 bulan sekali
  2. Bekas kanta lekap perlu dicuci dengan larutan pencuci kanta lekap, bukan dengan air paip. Bekas kanta perlu dikeringkan pada posisi terbalik dan penutup bekas dibuka
  3. Bekas kanta lekap harus disimpan atau diletakkan dalam atau persekitaran yang kering. Jangan letak bekas kanta lekap dalam bilik air atau persekitaran yang lembap

Cara penjagaan yang betul

  1. Basuh dan keringkan tangan sebelum sentuh kanta lekap
  2. Guna larutan pencuci kanta lekap yang disaran optometris/juruoptik
  3. Gosok kanta lekap untuk berihkan sebarang deposit dan mikroorganisma
  4. Tempoh luput larutan pencuci kanta lekap yang telah dibuka adalah 3 bulan
  5. Kanta lekap yang terendam lama dan tidak dipakai perlu ditukar larutan rendaman baru sekurang-kurangnya 2 hari sekali
  6. Cuci dan bilas kanta lekap yang jatuh atau terkeluar dari mata sebelum memakainya semula
  7. Buang larutan rendaman setiap kali selepas kanta lekap dipakai
  8. Gunakan rendaman baru selepas digunakan
  9. Jangan gunakan air paip atau air suling yang dibuat sendiri untuk mencuci kanta lekap

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×