berita

KKM Sahkan Tiga Warga China Datang Ke Malaysia Sah Positif Koronavirus

January 25th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Nampaknya wabak virus Korono makin teruk sehingga menyebabkan hampir 17 orang meninggal dunia di daerah Wuhan. Seluruh negara tersebut telah dikuarantin dan rakyat mereka tidak dibenarkan keluar dari kawasan tersebut.

Terbaru, wabak itu disahkan sudah tular sehingga ke Johor Bahru Malaysia. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Dzulkefly Bin Ahmad  telah mengesahkan sendiri seramai 3 orang warga China positif virus Korono.

Menerusi  sidang media khas oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Dzulkefly Bin Ahmad memaklumkan bahawa 3 orang daripada warga China itu telah sah menghidap virus maut itu.

Kementerian Kesihatan Malaysia turut melaporkan bahawa  8 orang warganegara China telah memasuki Malaysia dan berada di Johor Bahru dikuarantin dalam sebuah hotel berikutan disyaki membawa virus tersebut.

Mereka adalah ahli keluarga rapat kepada seorang lelaki yang berusia 66 tahun dari Wuhan, China yang didapati positif bagi virus itu di Singapura, katanya dalam sidang media di Putrajaya, hari ini.

Tiga yang terbabit adalah seorang wanita berusia 65 tahun, yang juga isteri pesakit di Singapura itu, dan dua cucu lelakinya. Mereka kini ditempatkan di Hospital Sungai Buloh

Ujian pengesanan dan pengesahan bagi kesemua mereka diperolehi dari pihak Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) Sungai Buloh, lewat malam semalam. Tiga warga China itu masuk ke Malaysia melalui Johor Bahru itu, merupakan ahli keluarga terdekat dengan kes pertama yang berlaku di Singapura.

Terdahulu, dua kes yang juga bapa dan anak, telah disahkan dijangkiti penyakit sama oleh Kementerian Kesihatan Singapura (KKS).

Sumber : Harian Metro

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×